BANTUANKWSPPengeluaran Khas

Pengeluaran KWSP Khas Dibenarkan Untuk 4 Jenis Kategori Ini

Pengeluaran KWSP khas telah dibenarkan bagi pengeluaran peribadi 4 jenis kategori. Sehingga hari ini ramai rakyat terutama para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengharapkan kerajaan perpaduan dapat melaksanaan pengeluaran KWSP bersasar.

Pada waktu ini, Perdana Menteri ke 10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan mandat menjadi pemimpin kerajaan perpaduan. Diharapkan pengeluaran khas bersasar dapat dipertimbangkan dan dibenarkan pengeluaran pada tahun hadapan.

Namun buat masa ini, bagi ahli KWSP anda sebenarnya boleh membuat pengeluaran peribadi tersedia yang telah dibenarkan oleh pihak KWSP selagi menepati terma dan syarat yang telah ditetapkan.

PENGELUARAN KHAS KWSP YANG DIBENARKAN

Untuk sedia maklum, anda boleh membuat pengeluaran khas KWSP melalui akaun 2. Kemudahan pengeluaran ini adalah keputusan tepat pihak kerajaan bagi membantu mereka yang terjejas khususnya pencarum KWSP dari segi kewangan. Hal ini kerana yang ahli lakukan adalah mengeluarankan wang mereka sendiri bagi memanfaatkan untuk kegunaan sendiri.

JENIS KATEGORI PENGELUARAN KWSP

Di bawah telah disediakan 4 jenis kategori yang dibenarkan bagi membuat pengeluaran khas KWSP pada waktu ini melalui akaun 2 seperti berikut:

PENGELUARAN KWSP IBADAH HAJI

  • Kepada ahli KWSP yang bakal menunaikan ibadah haji, kini anda boleh membuat pengeluaran wang simpanan melalui baki akaun 2. Pengeluaran dibenarkan bagi mengurangkan kos pembelanjaan, dan permohonan boleh dilakukan menerusi daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.
  • Sila semak – Syarat & Dokumen Yang Diperlukan

KEMUDAHAN PENGELUARAN KWSP PEMBELIAN RUMAH SENDIRI

  • Bagi ahli KWSP yang sedang merancang untuk memiliki rumah pertama, pihak kwsp telah menyediakan kemudahan pengeluaran bagi pembelian rumah agar dapat membantu pencarum. Bagi mendapatkan rumah seperti rumah subsale, rumah lelong, membina rumah di atas tanah sendiri dan pembelian Rumah Mesra Rakyat (RMR).
  • Sila semak – Syarat & Dokumen Yang Diperlukan

PENGELUARAN KWSP RAWATAN PERUBATAN

  • Untuk ahli KWSP yang mempunyai penyakit kritikal yang tersenarai, anda tidak perlu risau. Pihak KWSP telah menyediakan kemudahan pengeluaran bagi menampung kos rawatan perubatan.
  • Sila semak – Syarat & Dokumen Yang Diperlukan

KEMUDAHAN PENGELUARAN KWSP PENDIDIKAN

  • Sekiranya ahli mempunyai tanggungan anak yang menuntut pengajian di peringkat Universiti, anda boleh membuat pengeluaran pendidikan melalui akaun 2. Kemudahan ini disediakan bagi menampung kos pembayaran yuran anak-anak jika PTPTN tidak mencukupi.
  • Sila semak – Syarat & Dokumen Yang Diperlukan

MAKLUMAT LANJUT

Selain pengeluaran khas KWSP ini, terdapat inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Terutama bantuan kewangan bagi golongan B40 dan miskin. Jika anda terlepas pandang, sila ke laman utama – DI SINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button