BANTUANRMRRUMAH

Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Dibuka

Permohonan Rumah Mesra Rakyat atau lebih dikenali sebagai RMR kini dibuka untuk rakyat Malaysia untuk sesi tahun 2023. Untuk makluman umum, program khas ini telah dinaik taraf dimana pendapatan isi rumah bulanan dibawah RM5,000 kini juga boleh membuat permohonan.

PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT 2023

Program rumah mesra rakyat (RMR) dibawah kendalian SPNB adalah merupakan sebuah projek perumahan bagi golongan B40 dan M40 untuk memiliki rumah pertama sendiri dengan kos harga mampu milik.

Kepada mereka yang belum mempunyai rumah dan tidak mempunyai pendapatan bulanan yang tinggi boleh membuat permohonan. Baru-baru ini pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa syarat pendapatan bulanan pemohon yang boleh memohon adalah dibawah RM5,000 sebulan.

Kepada pemohon yang layak mendapatkan rumah mesra rakyat, secara automatik dapat subsidi pembinaan berjumlah RM20,000.

SYARAT KELAYAKAN RMR

Dibawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan program rumah mesra rakyat seperti berikut :

  • Pemohon merupakan Warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun keatas sehingga 65 tahun
  • Pendapatan bulanan semasa tidak melebihi RM5,000
  • Individu atau pasangan tidak mempunyai rumah sendiri / memiliki rumah usang atau tidak sesuai untuk didiami
  • Mempunyai tanah (tapak cadangan perlu bersesuaian dan bebas dari gadaian)
  • Kepada pemohon bukan pemilik tanah perlu mendapatkan surat kebenaran daripada pemilik tanak yang dicadangkan
  • Keluasan tapak tanak tidak melebihi daripada 3,000 kps dan tertakluk kepada reka bentuk rumah
  • Syarat terma tertakluk pada peruntukan kewangan.

PANDUAN PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT 2023

Permohonan rumah mesra rakyat (RMR) tahun 2023 kini dibuka secara online, kepada mereka yang belum ada rumah disarankan membuat permohonan untuk mendapatkan rumah sendiri. Panduan permohonan RMR telah disediakan di laman rasmi SPNB – DI SINI

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Sediakan salinan kad pengenalan (IC) pemohon dan pasangan (sekiranya berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan (IC) pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan kad pengenalan pemilik tanah
  • Salinan hak milik tanah terkini
  • Penyata gaji (3 bulan terbaru) / surat akuan pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon
  • Borang laopran tapak tanah
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah (jika bukan tanah sendiri).

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan terutama bantuan berbentuk kewangan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button