Bantuan EWallet RM300 Bingkas adalah merupakan salah satu inisiatif berbentuk bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Seperti sedia maklum, tahun ini terdapat pelbagai kemudahan dan bantuan yang ditawarkan dan salah satunya bantuan Bingkas.
BANTUAN EWALLET RM300 BINGKAS
Program bantuan kehidupan sejahtera atau lebih dikenali sebagai BINGKAS ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum ini. Di atas keprihatinan kerajaan demi meringankan beban rakyat, bantuan khas ini masih diteruskan pada tahun 2023.
Peruntukan bantuan kehidupan kesejahtera Selangor tahun ini akan melibatkan sekitar RM108 juta dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 30 ribu keluarga yang layak. Perkara ini telah dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Amirudin Shari pada sidang Belanjawan negeri 2023.
MANFAAT BINGKAS
Kepada pemohon yang berkelayakan akan menerima insentif khas ini setiap bulan dalam bentuk bantuan ewallet RM300. Berikut adalah manfaat yang boleh didapatkan dalam program pemberian BINGKAS seperti dibawah :
- Menerima insentif bernilai RM300 setiap bulan untuk membeli barangan keperluan asas
- Ewallet BINGKAS boleh digunakan di kedai dan pasaraya berdaftar
- Urusniaga secara tanpa tunai (Cassless)
- Nilai akan ditambah ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik
- Amaun perlu digunakan kerana baki nilai bagi bulan tersebut tidak akan dibawa ke bulan berikutnya
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET BINGKAS
Pemohon perlu menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
- Lahir di Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun di Selangor
- Pemilih berdaftar di Selangor
CARA PERMOHONAN BINGKAS
Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan masih boleh dikemukakan secara online. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari portal rasmi BINGKAS – KLIK DISINI
Nota : Bantuan ewallet RM300 BINGKAS ini boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas harian secara tanpa tunai. Amaun akan ditambah ke paras RM300 setiap bulan secara automatik.
INFO LANJUT
Selain bantuan ewallet, terdapat lebih banyak kemudahan dan insentif bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan perpaduan pada tahun 2023. Kepada yang terlepas pandang boleh semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.