BANTUANe-DompeteBeliaSARASTR Tambahan

2 Jenis Bantuan Dikreditkan Pada Bulan Ini : Semak Sekarang

Terdapat 2 jenis bantuan dikreditkan pada bulan ini seluruh kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Untuk makluman, pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah ditawarkan oleh kerajaan pada tahun ini.

2 JENIS BANTUAN KEWANGAN

Kepada yang terlepas pandang, pada bulan ini iaitu Julai 2023, pihak kerajaan telah melancarkan 2 jenis bantuan kewangan yang diberikan secara percuma. Perlaksanaan pemberian bantuan adalah bagi meringankan beban mereka yang terjejas dan memerlukan.

Kadar bantuan yang diberikan pada bulan Julai adalah RM200 dan RM600. Jumlah adalah bergantung kepada jenis insentif yang ditawarkan, dan dibawah dikongsikan maklumat berkenaan bantuan tersebut.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Pihak kerajaan bersetuju untuk mengagihkan bantuan SARa berjumlah RM600 kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Pemberian insentif khas ini diberikan dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas.

Kepada penerima menetap di semenanjung akan mula dikreditkan dengan jumlah RM100 bermula Julai sehingga Disember 2023. Manakala bagi penerima negeri Sabah, Sarawak dan Labuan akan menerima jumlah penuh RM600 ke dalam akaun BSN atau tebus tunai bermula Ogos.

Jika anda merupakan penerima STR yang berpendapatan rendah, anda boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini. Sila layari laman rasmi MyKasih –DI SINI

EDOMPET (EBELIA RAHMAH)

Satu lagi bantuan yang dilaksanakan pada bulan ini adalah bantuan edompet (ebeliarahmah) berjumlah RM200 secara percuma. Inisiatif ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan Belia dan mahasiswa sepenuh masa.

Kredit edompet ini boleh dimohon dan dituntut sebelum 22 Ogos dan amaun tersebut perlu dibelanjakan sebelum tarikh luput pada 31 Ogos 2023.

Untuk semak kelayakan dan panduan cara tebus bantuan edompet RM200 ini, sila layari laman rasmi eBelia Rahmah – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain dari bantuan diatas, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan tunai yang disediakan oleh kerajaan pada tahun ini. Kepada mereka yang memerlukan, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK SINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button