Am PelajaranBANTUAN

Bantuan Am Pelajaran 2024 : Syarat kelayakan & Panduan Mohon

Bantuan Am Pelajaran 2024 ditawarkan pada kadar RM800 hingga RM1,000 kepada golongan belia yang berkelayakan. Di halaman kali ini dikongsikan berkenaan maklumat ringkas bantuan kewangan khas pelajaran ini.

PROGRAM BANTUAN AM PELAJARAN 2024

Pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis program bantuan bagi membantu golongan memerlukan. Salah satu inisiatif yang disediakan adalah menerusi program bantuan am pelajaran.

Program istimewa ini adalah khusus sebagai bantuan kebajikan pelajar yang diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pemberian sumbangan bantuan ini diperkenalkan dan dikendalikan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Tujuan utama perlaksanaan program bantuan ini adalah bagi membantu anak-anak negeri yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat (IPT) dalam negara. Insentif bantuan ini akan dibayar secara sekaligus (one-off) kepada pemohon yang lulus.

Untuk makluman umum, kadar bayaran bantuan adalah dari serendah RM800 sehingga RM1,000. Jumlah bantuan yang diberikan adalah bergantung kepada kelayakan kategori seperti berikut :

  • Peringkat Sijil / STPM /STAM /Matrikulasi /SPMV(KV) : RM800
  • Peringkat Ijazah : RM1,000
  • Peringkat Diploma / DPMV(KV) : RM1,000.

KELAYAKAN BANTUAN AM PELAJARAN 

Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam bantuan khas ini adalah seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama islam
  • Pemohon mestilah bermastautin dalam negeri Perak
  • Hanya sekali sahaja bantuan diberikan bagi setiap peringkat pengajian
  • Tempoh waktu pengajian wajib lebih 12 bulan / setahun
  • Tarikh memohon tidak boleh melebihi 90 hari / 3 bulan dari tarikh daftar diri ke IPTA/ IPTS
  • Permohonan bantuan ini tertakluk kepada pengajian sepenuh masa sahaja.

PANDUAN MOHON BANTUAN AM PELAJARAN

Kepada mereka yang berkelayakan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat bantuan tunai yang ditawarkan secara percuma ini. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian, panduan lengkap dan borang permohonan boleh dimuat turun di laman portal rasmi bantuan – Am Pelajaran (MAIPk)

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat dari pelbagai golongan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui maklumat lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button