Bajet 2023 : Kerajaan Perkenalkan Bantuan Baru RM 500 Secara Automatik Sekali Bayar
Bajet 2023 Perkenalkan Penambahan Inisiatif Untuk Keluarga Malaysia
Untuk sedia maklum, semalam adalah sidang belanjawan bagi tahun 2023. Salah satu penambahan inisiatif adalah bantuan insentif Cahaya Mata Keluarga Malaysia berbentuk bantuan tunai secara sekali bayar RM 500 kepada pada ibu dan merupakan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada tahun hadapan.
Hal ini telah diumumkan oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan pada pembentangan Belanjawan Bajet tahun 2023 di Dewan Rakyat Jumaat lalu bersamaan 7 Oktober.
Kadar Baru Bantuan Keluarga Malaysia 2023
Pembayaran BKM 2022 Fasa 4 Bermula Disember 2022
Bagi pengetahuan semua, pembayaran BKM tahun ini masih belum tamat. Pembayaran bagi fasa terakhir akan diberikan pada bulan akhir tahun 2022 iaitu Disember. Penerima BKM tahun ini boleh semak status anda pada portal rasmi BKM – KLIK DI SINI
Maklumat Lanjut
Pada tahun 2022 dan 2023, terdapatkan lebih banyak bantuan telah disediakan oleh kerajaan negeri mahupun persekutuan untuk mereka yang memerlukan terutama kepada golongan miskin dan b40. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang layak untuk anda mohon, sila ke halaman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI