BANTUANRaya

Pemberian Bantuan Raya RM1500 : Diberikan Sebelum Syawal

Pemberian Bantuan Raya RM1500 akan disalur dan diberikan kepada mereka yang berkelayakan sebelum menjelang bulan Syawal. Untuk makluman, inisiatif khas berbentuk bantuan tunai ini adalah merupakan salah satu insentif yang dibayar pada bulan ini.

PEMBERIAN BANTUAN RAYA RM1500

Seperti sedia maklum, pada bulan Mac ini seluruh umat beragama islam sedang menyambut bulan puasa. Terdapat banyak kerajaan negeri telah mula melaksanakan dan mengagihkan insentif bantuan sempena ramadan dan syawal yang bakal tiba.

Salah satu inisiatif yang telah diumumkan adalah pemberian bantuan khas kewangan hari raya aidilfitri tahun 2024. Kadar bayaran bantuan raya ini telah ditetapkan berjumlah setengah bulan gaji atau minimum RM1500.

Insentif bantuan sempena menyambut perayaan ini akan memberi manfaat kepada sekitar 17,000 penjawat awam negeri Johor. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor iaitu Datuk Onn Hafiz Ghazi dan bayaran akan dikreditkan sebelum sambutan perayaan aidilfitri.

SENARAI PEMBERIAN BANTUAN RAYA 2024

Beberapa buah negeri juga telah memperkenalkan bantuan khas kewangan aidilfitri bagi sesi tahun 2024. Kerajaan negeri Pulau Pinang telah salurkan bantuan raya sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1200 kepada para penjawat awam.

Insentif bonus RM300 pula diberikan kepada guru kelas (KAFA), guru SRAR dan SMAR serta kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang. Bagi negeri Perak, kerajaan negeri telah mengumumkan bantuan aildifitri pada kadar RM1000 yang diberikan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri.

Negeri Selangor turut telah memaklumkan bahawa tahun ini ada pemberian bantuan khas raya sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1000. Bantuan istimewa ini merangkumi penjawat awam di bawah pentadbiran setiausaha kerajaan (SUK) Selangor.

KELAYAKAN & PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT

Untuk info tambahan, sekiranya kalian kurang berkemampuan dan memerlukan, semakan kelayakan dan permohonan bantuan zakat boleh dilakukan. Panduan lengkap dan butiran lanjut telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – Lembaga Zakat

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah memperkenalkan lebih banyak kemudahan dan insentif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button