FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

Pengeluaran KWSP Bersyarat Fasa-1 : Serendah RM3000 (FSA2)

Pengeluaran KWSP Bersyarat Fasa-1 serendah minimum RM3000 kini dibenarkan kepada ahli yang berkelayakan dan memerlukan pada tahun ini. Untuk makluman, inisiatif kemudahan pengeluaran khas bersyarat FSA2 ini telah dilaksanakan pada tahun lalu.

PENGELUARAN KWSP BERSYARAT FASA-1

Seperti sedia maklum, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memperkenalkan sebuah program skim pengeluaran melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2. Kemudahan pengeluaran bersyarat FSA2 KWSP ini diadakan adalah bagi memberi manfaat kepada para pencarum.

Pengeluaran FSA2 KWSP ini secara asasnya akan dilancarkan 2 fasa yang melibatkan kadar pengeluaran dan kriteria kelayakan yang berbeza. Buat masa ini sepanjang tahun 2024, permohonan bagi FSA2 KWSP fasa 1 telah dibuka.

Tujuan utama perlaksanaan program istimewa ini adalah bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Melalui FSA2, pencarum yang berkelayakan boleh membuat permohonan awal bersyarat 50 tahun atau 55 tahun.

KADAR PENGELUARAN KWSP BERSYARAT FASA-1

Pihak KWSP telah menetapkan kadar pengeluaran yang boleh dilakukan ahli adalah minimum serendah RM3000. Manakala jumlah maksimum pengeluaran yang dibenarkan adalah sehingga RM10000 secara sekali bayar.

KRITERIA/ SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN KHAS (FSA2)

Beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi skim pengeluaran khas FSA2 fasa 1 ini telah ditetapkan seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP yang berumur belum mencapai 55 tahun (Kriteria fasa 1)
  • Setiap pemohon dibenarkan kemukakan permohonan sekali sahaja
  • Mempunyai baki minimum simpanan dalam akaun 2 serendah RM3000
  • Pengeluaran bersyarat maksimum RM50000.

Nota : Bagi kemudahan pengeluaran khas FSA2 KWSP fasa pertama ini, terdapat 4 institusi perbankan yang terlibat. Antaranya adalah Bank Simpanan Nasional (BSN), MBSB Bank, Maybank dan CIMB Bank.

PANDUAN LENGKAP MOHON PENGELUARAN BERSYARAT

Kepada kalian yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan pengeluaran khas bersyarat FSA2 fasa 1 ini boleh dikemukakan pada tahun ini secara online. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – FSA2 KWSP (Fasa 1)

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button