
Bantuan sara diri rm2000 ini merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan. Untuk sedia maklum, pemberian bantuan khas kewangan ini akan diberikan kepada pemohon yang layak secara one-off.
BANTUAN SARA DIRI RM2000
Pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan untuk rakyat yang memerlukan meliputi pelbagai kategori. Salah satu bantuan yang telah dilancarkan adalah bantuan sara diri.
Bantuan khas ini diberikan bernilai RM500 sehingga RM2,000 bergantung kelayakan permohonan. Bantuan ini dibuka untuk rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan belia dan menepati kelayakan.
JUMLAH BANTUAN
Untuk pemohon yang layak akan menerima bayaran bantuan sara diri sehingga RM2,000. Insentif ini diberikan secara one-off setahun untuk setiap permohonan yang layak.
CARA PERMOHONAN BANTUAN
Bagi individu yang berminat dan berkelayakan, permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui portal rasmi bantuan sara diri EHEYNS – KLIK DISINI
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN
Dibawah telah disediakan kriteria syarat kelayakan inisiatif bantuan sara diri RM2,000 secara one-off seperti berikut :
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia
- Pemohon atau penjaga (ibu bapa) merupakan warga kelahiran negeri Perak
- Golongan yang lahir di luar negeri Perak telah bermastautin di Perak melebihi 10 tahun
- Belia yang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dalam semester kedua ke atas di peringkat Diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana serta ijazah doktor falsafah di IPT.
Untuk makluman, permohonan bantuan khas ini diberikan keutamaan kuota kepada warga negeri Perak yang menetap di negeri tersebut. Bagi yang berkelayakan disarankan membuat permohonan kerana terdapat bantuan kecemasan yang telah disediakan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan MyKad pemohon
- Salinan MyKad ibu bapa
- Salinan penyata akaun bank
- Salinan kad pelajar
- Salinan surat pengesahan bermastautin (jika berkaitan)
- Salinan laporan kesihatan
- Borang permohonan boleh dimuat turun di laman rasmi EHEYNS.
MAKLUMAT LANJUT
Selain daripada bantuan sara diri RM2,000 ini terdapat lebih banyak bantuan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.