BANTUANeTunaiKreditTarikh Pembayaran

Tarikh Tuntut Kredit ETunai : Bantuan RM100 Untuk B40 & M40

Untuk makluman, tarikh tuntut kredit etunai telah diumumkan oleh kerajaan yang akan diberikan pada suku keempat tahun ini. Pemberian bantuan khas bernilai RM100 ini akan melibatkan golongan B40 dan M40.

BANTUAN KREDIT ETUNAI

Pada sidang Majlis Peluncuran Ekonomi Madani : Memperkasa rakyat di suruhanjaya sekuriti, Perdana Menteri telah mengumumkan satu lagi inisiatif baru. Apa yang menarik adalah bantuan kredit etunai ini akan ditawarkan kepada rakyat yang mempunyai pendapatan tahunan dibawah RM100,000.

Ini bermakna mejoriti akan menerima manfaat dari perlaksanaan program bantuan khas ini. Golongan kategori dewasa B40 dan M40 layak untuk tebus bantuan kredit etunai ini nanti.

Inisiatif khas ini membabitkan peruntukan bantuan sekitar RM1 bilion dan akan memanfaatkan kira-kira lebih dari 10 juta penerima. Individu berumur 21 tahun dan keatas layak untuk tuntut kredit etunai.

Sama seperti bantuan etunai sebelum ini, tujuan utama perlaksanaan adalah meringankan beban kewangan serta memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan kredit etunai percuma ini ditawarkan dengan nilai RM100 setiap seorang untuk golongan B40 dan M40.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi mendapatkan kredit etunai percuma RM100 seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 21 tahun dan ke atas (Dewasa)
  • Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
  • Golongan B40 & M40

TARIKH TUNTUT KREDIT ETUNAI

Untuk sedia maklum, kerajaan telah memaklumkan bahawa tarikh tuntut kredit etunai RM100 bagi kategori dewasa ini akan dilaksanakan pada suku keempat tahun 2023.

Suku keempat yang dimaksudkan adalah bantuan khas ini akan diberikan pada bulan Oktober, November atau Disember 2023. Segara maklumat terkini berkenaan bantuan khas ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

KREDIT ETUNAI UNTUK BELIA

Kepada yang terlepas pandang, terdapat 1 lagi bantuan kredit percuma yang telah dilaksanakan pada sebelum ini iaitu eBelia Rahmah. Bantuan ini juga adalah kredit etunai dan kadar yang diberikan adalah RM200 kepada golongan belia dan mahasiswa.

Untuk yang masih belum tuntut, masih belum terlambat kerana tarikh tutup adalah pada 22 Ogos 2023. Sila semak panduan cara tebus bantuan kredit ini di laman rasmi eBeliaRahmah – DI SINI

INFO LANJUT

Terdapat lebih banyak inisiatif dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat terutama yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button