BANTUANBKKJKMKanak-kanak

Permohonan Bantuan Kanak-Kanak Kini Dibuka

Permohonan Bantuan Kanak-kanak (BKK) sehingga RM1,000 sebulan kini dibuka untuk keluarga yang kurang bernasib baik dan memerlukan. Pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan pelbagai inisiatif berbentuk kewangan pada tahun ini.

BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)

Program khas BKK ini diperkenalkan bertujuan membantu meringankan keluarga yang mempunyai tanggungan anak yang berumur 18 tahun kebawah. Perkara ini supaya mereka yang berkelayakan dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan tumbesaran perkembangan anak-anak dengan selesa.

Pihak JKM telah menawarkan bantuan khas kanak-kanak ini pada tahun 2023, permohonan bantuan kanak-kanak ini dibuka sepanjang tahun ini. Kepada yang layak, mereka akan menerima manfaat daripada bantuan ini secara automatik setiap bulan dengan kadar yang telah ditetapkan.

KADAR BANTUAN BKK

Jabatan Kebajikan Masyarakat akan kendalikan sepenuhnya permohonan bantuan kanak-kanak ini. Kadar bantuan telah ditetapkan oleh pihak JKM minimum RM150 sehingga maksimum RM1,000 sebulan mengikut pecahan berikut :

  • Kanak-kanak berumur 7 hingga 18 tahun : RM150 seorang
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah : RM200 seorang
  • Kadar maksimum bagi satu keluarga adalah sebanyak RM1,000 sebulan

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN

Dibawah telah dikongsikan kriteria syarat kelayakan bantuan BKK yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Pemohon merupakan Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini
  • Kelayakan kanak-kanak adalah berumur 18 dan ke bawah
  • Penjaga atau keluarga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak (Pendapatan tidak melebih pendapatan garis kemiskinan (PGK)
  • Remaja yang berusia 18 tahun keatas bolah dipertimbangkan sekiranya bersekolah sehingga tamat menengah atas

Info : Kepada mereka yang berkelayakan, permohonan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Permohonan bantuan JKM dibuka sepanjang tahun ini.

CARA PERMOHONAN BANTUAN KANAK-KANAK

Sekiranya anda merupakan warganegara Malaysia dan memenuhi syarat kelayakan, permohonan boleh dilakukan. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman web rasmi eBantuan JKM – DI SINI

MAKLUMAT & INFO LANJUT

Pada tahun 2023, kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat dan semak senarai batuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK SINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button