BANTUANBINGKASKehidupan Sejahtera

Terkini : Bantuan Khas RM300 Sebulan Untuk Golongan (B40)

Terkini : Bantuan Khas RM300 dikreditkan setiap bulan kepada golongan B40 yang menepati kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Untuk makluman, inisiatif istimewa berbentuk bantuan bulanan ini ditawarkan kepada golongan isi rumah yang memerlukan.

TERKINI : BANTUAN KHAS RM300 SEBULAN

Pihak kerajaan negeri telah bersetuju untuk terus melancarkan program bantuan khas Kehidupan Sejahtera atau dikenali sebagai Bingkas. Insentif tambahan ini boleh dimohon oleh mereka yang berpendapatan RM3,000 sebulan (B40).

Perlaksanaan program bantuan khas ini adalah bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga bagi menyara isi rumah mereka. Bagi mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu ekonomi tidak stabil ini.

Program pemberian bantuan ini menyasarkan sekitar 30,000 buah keluarga dengan kadar bantuan bernilai RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun. Permohonan bantuan khas ini dibuka sepanjang tahun kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS RM300

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri bagi memohon bantuan khas kehidupan sejahtera bingkas ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan kebawah
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 sebulan
  • Kumpulan B40
  • Lahir di Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar

LANGKAH DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN KHAS RM300

Bagi golongan yang kurang berkemampuan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan secara online. Panduan langkah daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi Bingkas – DI SINI

DOKUMEN PENTING YANG DIPERLUKAN

  • Salinan kad pengenalan pemohon (diri) dan pasangan jika ada
  • Salinan kad pengenalan, mykid atau surat lahir (anak/ tanggungan)
  • Salinan penyata EA atau KWSP (Untuk pekerja swasta)
  • Salinan slip gaji atau pencen terkini (Pesara/ penjawat awam)
  • Salinan sijil penceraian/ laporan polis/ kematian (Ibu bapa tunggal)
  • Surat pengesahan pendapatan daripada ketua komuniti (Bekerja sendiri/ tidak berkerja)

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan insentif bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button