10k DiluluskanKWSPTarikh Pembayaran

Pemohon Yang Akan Menerima Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP Pada 5 Mei 2022

Untuk pengetahuan umum, pihak KWSP telah setuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sehingga maksimum RM 10,000 kepada ahli yang ingin membuat pengeluaran.

Bagi tempoh permohonan pengeluaran khas KWSP ini telah dibuka selama sebulan dari tarikh 1 April 2022 sehingga 30 April 2022. Permohonan ini terbuka kepada ahli yang berusia 55 tahun dan kebawah termasuklah kepada buka warganegara Malaysia dan permaustatin secara tetap. Kepada ahli yang ingin memohon wajib memiliki baki simpanan sekurang-kurangnya RM 150 di dalam akaun KWSP semasa tarikh permohonan dibuat.

Syarat Pengeluaran Khas KWSP

  • Jumlah pengeluaran Khas KWSP minimum serendah RM 50
  • Jumlah pengeluaran khas KWSP maksimum sebanyak RM 10,000
  • Ahli wajib meninggalkan baki simpanan di dalam akaun sekurang kurangnya RM 100 dalam akaun 1
  • Jumlah kelayakkan pengeluaran khas ini berdasarkan jumlah simpanan pada tarikh permohonan diproses

Jadual Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP

Bagi ahli KWSP yang telah membuat permohonan, semakan status kelulusan boleh dibuat bermula pada tarikh 9 April 2022 melalui portal rasmi pengeluaran Khas – DI SINI

Untuk pembayaran pengeluaran khas KWSP pula telah dilaksanakan bermula pada tarikh 20April 2022 secara berperingkat. Namun masih ramai ahli yang belum menerima pembayaran walaupun telah membuat permohonan dan berstatus lulus.

Berdasarkan kenyataan rasmi pihak KWSP menerusi laman sosial KWSP, kepada ahli yang masih belum menerima bayaran pengeluaran khas ini adalah ahli yang membuat permohonan pada tarikh 28 April 2022 dan ke atas.

Pembayaran pengeluaran khas bagi kategori ahli ini akan disalurkan ke dalam akaun bank masing-masing bermula pada tarikh 5 Mei 2022 bersamaan pada hari khamis. Kepada ahli KWSP dinasihatkan perlu memastikan akaun bank mereka dalam keadaan :

  • Akaun bank dalam keadaan aktif
  • Akaun bank simpanan atau semasa
  • Akaun bank didaftarkan di atas nama sendiri – Akaun bersama atau syarikat tidak dibenarkan

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan khususnya bantuan berbentuk kewangan kepada mereka yang memerlukan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button