eGumisWang Tidak Dituntut

Wang Tidak Dituntut Egumis : Panduan Semak Nama

Wang Tidak Dituntut Egumis adalah merupakan wang yang sepatutnya diberikan kepada individu tetapi telah tamat tempoh, tidak sampai ke empunya.

APA ITU WANG TIDAK DITUNTUT EGUMIS?

Ramai rakyat Malaysia tidak tahu sebenarnya mereka mempunyai wang tidak dituntut di Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Setiap tahun dilaporkan terdapat jutaan ringgit WTD yang tidak dituntut dalam tempoh yang ditetapkan.

Wang Tidak Dituntut adalah merupakan wang oleh pemilik selepas tempoh luput kebiasaanya 7 tahun. Jika dibiarkan, wang tersebut akan dipindhkan ke pendaftaran WTD dibawah kementerian kewangan.

Wang tersebut boleh dituntut pada bila-bila masa oleh individu yang merupakan pemiliknya. Untuk yang tidak tahu, WTD ini boleh datang dari pelbagai sumber seperti :

  • Gaji, bonus dan elaun yang tidak dituntut oleh individu
  • Simpanan secara tetap yang telah tamat tempoh tanpa pembaharuan automatik
  • Dividen daripada sesebuah syarikat atau koperasi yang tidak diambil
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan tetapi tidak dituntut oleh penerima
  • Draf bank dan cek yang telah luput dalam tempoh sah
  • Akaun bank yang tidak aktif selama lebih 7 tahun.

Antara faktor-faktor ramai ada Wang Tidak Dituntut?

  1. Individu telah menukar nombor akaun bank lama tetap terlupa memindahkan baki yang ada
  2. Simpanan tetap yang tidak diperbaharui
  3. Berpindah kediaman dan tidak menerima cek bayaran atau dividen
  4. Syarikat lama membayar gaji atau bonus tetapi tidak dapat dituntut
  5. Penerima bayaran insurans tidak menuntut wang selepas diluluskan.

Semakan Wang Tidak Dituntut Egumis ini amat penting kepada setiap individu untuk ketahui sama ada mereka mempunyai WTD atau tidak.

PANDUAN SEMAK NAMA ADA WANG TIDAK DITUNTUT

PANDUAN SEMAK WANG TIDAK DITUNTUT EGUMIS

Setiap individu yang telah bekerja boleh membuat semakan nama sekiranya mempunyai wang tidak dituntut. Panduan telah disediakan seperti dibawah :

  • Layari laman portal rasmi eGumis Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) https://egumis.anm.gov.my/
  • Semakan status dengan masukkan butiran diperlukan iaitu nombor kad pengenalan
  • Jika mempunyai WTD amaun akan dipaparkan dan tuntutan boleh dilakukan
  • Pembayaran akan disalurkan pada akaun bank yang didaftarkan pada waktu yang ditetapkan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat banyak kemudahan dan inisiatif telah disediakan sepanjang tahun ini untuk memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian, rujuk pada halaman utama!

Related Articles

Back to top button