BANTUANe-Dompet

Syarat Penerima Bantuan EDompet RM200

Syarat penerima bantuan edompet berjumlah RM200 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan belia b40. Untuk makluman, inisiatif bantuan edompet ini telah diperkenalkan oleh kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2023.

BANTUAN EDOMPET 2023

Untuk sedia maklum, bantuan edompet pada tahun ini yang dikenali sebagai kredit e-tunai belia rahmah bagi menggantikan bantuan tahun sebelum ini iaitu ebelia (2021) dan epemula (2022).

Yang lebih menarik, kadar bantuan pada tahun ini telah dinaikkan sebanyak RM200 berbanding RM150 pada tahun lalu. Tujuan utama perlaksanaan insentif khas ini adalah bagi menggalakkan budaya pembelian transaksi tanpa tunai.

Baru-baru ini Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa syarat kelayakan bantuan edompet tahun ini akan diperluaskan. Menerusi kenyataan beliau, bantuan khas ini akan ditawarkan kepada golongan mahasiswa tanpa mengira had umur.

SYARAT PENERIMA BANTUAN EDOMPET 2023

Berikut adalah syarat kelayakan penerima bantuan edompet yang telah ditetapkan seperti di bawah :

  • Golongan belia B40
  • Berumur 18 – 20 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Diperluaskan kepada golongan mahasiswa tanpa mengira had umur kelayakan

JUMLAH BANTUAN

Program inisiatif bantuan kredit e-tunai belia rahmah (edompet) ini akan memberi manfaat kepada 2 juta rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan belia. Kadar jumlah yang ditawarkan adalah berjumlah RM200 seorang.

Berdasarkan tahun lalu, bantuan edompet boleh ditebus melalui aplikasi perkhidmatan seperti Big Pay, Grab Pay, Shopee Pay dan Touch N Go ewallet. Setiap individu hanya boleh tebus melalui satu aplikasi pilihan sahaja.

TARIKH PERMOHONAN

Buat masa ini tiada lagi maklumat rasmi berkenaan tarikh permohonan bantuan khas edompet ini melalui BELANJAWAN 2023 . Berdasarkan bantuan edompet pada tahun lalu, dijangkakan tahun ini akan mula dilaksanakan pada pertengah tahun. Segala maklumat terkini berkenaan bantuan khas ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan edompet, pihak kerajaan telah menyediakan lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia. Sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button