Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah merupakan sebuah program inisiatif yang ditawarkan oleh kerajaan untuk mereka yang ingin mendapatkan rumah pertama. Untuk makluman, inisiatif khas ini amat bermanfaat kepada rakyat golongan pertengahan bagi mendapatkan rumah dengan harga mampu milik.
SKIM RUMAH MESRA RAKYAT 2023
Program skim rumah mesra rakyat (RMR) pada tahun ini dikendalikan sepenuhnya oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Sejajar dengan dasar perumahan Negara, SPNB diletakan di bawah seliaan pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Skim rumah RMR diperkenalkan adalah bertujuan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah (B40) yang tidak mempunyai rumah sendiri atau tinggal rumah yang usang. Dengan adanya program khas ini dapat memberikan manfaat kepada mereka untuk membina rumah sendiri yang cantik dan sempurna pada kadar harga mampu milik.
CIRI-CIRI RUMAH (RMR 2023)
Untuk pengetahuan umum, harga bagi setiap kawasan adalah berbeza namun konsep pembinaan adalah sama. Satu ruang tamu, 3 bilik tidur dan 2 bilik air adalah konsep RMR.
Di bawah adalah harga rumah mesra rakyat mengikut kawasan :
- Keluasan rumah 750 kps (Kawasan Semenanjung)
- Harga Seunit : RM75,000
- Jumlah pinjaman : RM55,000
- Subsidi pembinaan : RM20,000
- Anggaran bayaran balik bulanan (16 tahun) : RM300 sebulan
Kawasan Borneo
- Keluasan rumah 750 kps (Kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan)
- Harga seunit : RM75,000 sehingga RM106,000
- Jumlah pinjaman : RM55,000 hingga RM86,000
- Subsidi pembinaan : RM20,000
- Anggaran bayaran balik bulanan (16 tahun) : RM300 hingga RM470 sebulan
Kawasan Pulau di semenanjung
- Keluasan rumah 750 kps (Pulau di semenanjung)
- Harga seunit : RM85,000
- Jumlah pinjaman : RM65,000
- Subsidi pembinaan : RM20,000
- Anggaran bayaran balik bulanan (16 tahun) : RM350 sebulan
PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN
Kepada mereka yang ingin memiliki rumah pertama dengan harga mampu milik, permohonan skim rumah mesra rakyat dibuka untuk sesi 2023. Panduan daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi RMR 2023 – DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Pada tahun ini pihak kerajaan telah menawarkan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK SINI untuk rujukan penuh.