BANTUANFasa 4MySTR

MySTR : Bayaran Sumbangan Tunai Fasa 4 Dikreditkan Lebih Awal

MySTR : Bayaran Sumbangan Tunai Fasa 4 bakal dikreditkan lebih awal pada suku keempat tahun 2023 kepada rakyat Malaysia. Bagi pengetahuan umum, pemberian inisiatif berbentuk bantuan kewangan ini telah dilancarkan pada tahun ini.

MYSTR : BAYARAN SUMBANGAN TUNAI

Kepada yang terlepas pandang, pada sidang Belanjawan 2023 pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah inisiatif bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah. Menerusi program inisiatif ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan menerima jumlah keseluruhan bayaran sehingga RM2,500.

Pembayaran diberikan secara 4 fasa pada tahun ini yang melibatkan 3 kategori utama iaitu bujang, warga emas dan isi rumah. Kategori kumpulan B40 dan M40 akan mendapatkan manfaat dari insentif istimewa ini.

Sehingga hari ini, pembayaran bagi STR fasa 1 hingga fasa 3 telahpun selesai dibayar pada bulan Januari, April dan Jun lalu. Kini hanya tinggal satu sahaja lagi bayaran bagi MySTR tahun ini yang dijadual pada bulan November 2023.

JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI MYSTR FASA 4

Berikut adalah kadar jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima sedia ada STR pada fasa ke 4 nanti mengikut kategori seperti di bawah :

ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500)

  • Tiada anak – RM200
  • Mempunyai tanggungan anak seramai (1-2) – RM600
  • Mempunyai tanggungan anak seramai (3-4) – RM900
  • Mempunyai tanggungan anak seramai (5 dan lebih) – RM1,200

ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000)

  • Tiada anak – RM0
  • Mempunyai tanggungan anak seramai (1-2) – RM0
  • Mempunyai tanggungan anak seramai (3-4) – RM300
  • Mempunyai tanggungan anak seramai (5 dan lebih) – RM500

WARGA EMAS (60 TAHUN KEATAS)

  • RM200 seorang

BUJANG (21 – 59 TAHUN)

  • RM0

Nota : Diatas adalah kadar bayaran yang akan diterima oleh penerima STR dari fasa 1 hingga fasa 3. Bagi mereka yang tidak lulus fasa 3 dan berjaya dalam rayuan akan menerima bayaran baki pada fasa keempat nanti.

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR

Kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah, anda boleh membuat semakan status bayaran mengikut fasa secara online. Untuk semakan sila layari laman web rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain MySTR, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button