BANTUANSTRSTR 2024SumbanganTunaiRahmah

Semakan Bantuan STR 2024 : Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

Semakan Bantuan STR 2024 : Pihak kerajaan telah mengumumkan jumlah bayaran bantuan tunai mengikut kategori kelayakan. Seperti sedia maklum, inisiatif istimewa berbentuk bantuan kewangan ini akan diteruskan pada tahun hadapan.

SEMAKAN BANTUAN STR 2024

Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR dibawah belanjawan 2024 akan memberikan manfaat kepada rakyat. Inisiatif khas ini akan ditambahbaik dengan kenaikkan kadar jumlah sehingga RM3,700 berbanding tahun sebelum RM3,100.

Kerajaan perpaduan juga bersetuju untuk memberikan sumbangan tunai ini kepada penerima sedia ada dengan kadar jumlah yang baharu. Tempoh kemaskini maklumat terkini dan pendaftaran permohonan baharu juga kini telah dibuka.

Tambahan lagi, pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluaskan kepada 700,000 penerima sedia ada STR. Sebelum ini hanya kategori miskin tegar sahaja yang terima, namun atas keprihatian kerajaan kategori lain juga akan menerima manfaat dari bantuan ini.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR 2024 MENGIKUT KATEGORI

Kadar jumlah bayaran keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 telah ditetapkan mengikut kategori seperti dibawah.

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500/ B40)

  • Tiada anak (0) – RM1,000
  • Bilangan tanggungan anak (1-2) – RM1,500
  • Bilangan tanggungan anak (3-4) – RM2,000
  • Bilangan tanggungan anak (5 keatas) – RM2,500

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000/ M40)

  • Tiada anak (0) – RM500
  • Bilangan tanggungan anak (1-2) – RM750
  • Bilangan tanggungan anak (3-4) – RM1,000
  • Bilangan tanggungan anak (5 keatas) – RM1,250

KATEGORI WARGA EMAS & BUJANG (BELIA)

  • Warga emas (60 tahun keatas) – RM600
  • Bujang (Belia) – RM350

JADUAL BAYARAN STR 2024

Seperti tahun lalu, pemberian bantuan khas ini akan disalurkan secara beringkat mengikut fasa pembayaran seperti berikut :

  • Fasa 1 – Bermula Februari 2024
  • Fasa 2 – Bermula April 2024
  • Fasa 3 – Bermula Ogos 2024
  • Fasa 4 – Bermula November 2024

SEMAKAN STATUS STR 2024 (KEMASKINI MAKLUMAT)

Bermula 1 November lalu, pengemaskinian maklumat terkini dan permohonan baharu boleh dilakukan secara online. Untuk semakan status, sila layari laman rasmi (STR) – DI SINI

Setiap individu disarankan kemaskini maklumat terbaru untuk mendapatkan bayaran jumlah STR yang bersesuai pada tahun hadapan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk memohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button