RMRRUMAH

Rumah Mesra Rakyat 2024 : Panduan Mohon & Syarat Kelayakan

Rumah Mesra Rakyat 2024 akan diteruskan bagi membantu rakyat Malaysia yang berada dalam golongan B40 dan senderhana. Untuk sedia maklum, pelbagai jenis kemudahan telah diperkenalkan bagi memberi manfaat kepada rakyat pada tahun ini.

RUMAH MESRA RAKYAT 2024

Pihak syarikat perumahan negara berhad (SPNB) adalah merupakan sebuah syarikat dimiliki oleh perbadanan MOF INC yang menawarkan program RMR ini. Skim ini masih terus dilaksanakan pada tahun ini adalah bagi membantu mereka yang berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah yang selesa.

Pihak SPNB dibawah kendalian kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) bertanggungjawab sepenuhnya dalam program khas ini. Penyediaan rumah berkualiti, berpatutan dan mampan dalam program rumah mesra rakyat kepada rakyat Malaysia.

Apa yang lebih menarik adalah bantuan subsidi bernilai RM20,000 akan diberikan sebagai insentif untuk membina rumah. Reka bentuk rumah yang ingin dibina perlu patuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.

KRITERIA KELAYAKAN MOHON RUMAH MESRA RAKYAT

Pihak kerajaan telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi menyertai program pembiayaan rumah mesra rakyat seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Individu berumur 18 tahun dan ke atas (Semasa permohonan)
  • Pendapatan isi rumah (bulanan) RM5,000 kebawah
  • Pemohon dan pasangan belum memiliki kediaman/ rumah sendiri
  • Tanah perlu bersesuaian dan bebas daripada gadaian
  • Jika bukan pemilik, pemohon perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik
  • Keluasan tapak tanah tidak boleh kurang dari 3,600 kps dan tertakluk kepada reka bentuk rumah.

CARA DAFTAR PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT

Sepanjang tahun 2023, ramai yang telah kemukakan permohonan dan berjaya menyertai program rumah mesra rakyat ini. Kepada mereka yang belum memiliki rumah dan berkelayakan, panduan permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi RMR – DI SINI

Untuk memudahkan urusan semakan permohonan, anda perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan pemohon.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button