ePengeluaranKWSP

E-Pengeluaran KWSP 2024 : Dibenarkan Melalui Akaun 1 & 2

E-pengeluaran KWSP 2024 adalah merupakan kemudahan yang ditawarkan kepada para pencarum yang memerlukan dan berkelayakan. Untuk makluman, pelbagai inisiatif telah disediakan oleh pihak KWSP bagi memberi manfaat kepada ahli sedia ada.

E-PENGELUARAN KWSP 2024

Sebenarnya rakyat Malaysia boleh membuat pengeluaran khas KWSP bersyarat untuk tujuan peribadi tertentu melalui akaun 1 dan akaun 2. Permohonan secara online boleh dikemukakan pada bila-bila masa dan dimana jua berada.

Skim e-pengeluaran ini melibatkan pengeluaran secara sebahagian atau sepenuhnya yang boleh dilakukan oleh ahli selagi menepati kriteria syarat. Setiap ahli KWSP boleh memilih jenis pengeluaran yang dibenarkan bersesuaian dengan kehendah dan keperluan masing-masing.

KATEGORI E-PENGELUARAN KWSP 2024

Seperti yang telah ditetapkan, kategori pengeluaran melalui i-akaun ini telah dipecahkan kepada 2, sila rujuk dibawah.

PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP

  • Pendidikan
  • Umur 50 tahun
  • Beli rumah
  • Bina rumah
  • Mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan
  • Perumahan fleksibel
  • Ansuran bulanan pinjaman perumahan
  • Perumahan PR1MA
  • Menunaikan ibadah haji (Beragama islam)
  • Simpanan melebihi 1 Juta
  • Kesihatan/ rawatan perubatan

PENGELUARAN PENUH KWSP

  • Hilang upaya
  • Meninggalkan negara Malaysia
  • Umur 55 tahun
  • Umur 60 tahun
  • Pekerja berpencen dan pesara pilihan
  • Berlaku kematian

SYARAT KELAYAKAN E-PENGELUARAN KWSP

Dibawah disediakan beberapa kriteria syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan pihak kerajaan bagi membuat e-pengeluaran KWSP seperti berikut :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia dan penduduk tetap
  • Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  • Permohonan pengeluaran tidak boleh melebihi amaun pengeluaran maksimum
  • Bayaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun simpanan/ semasa ahli atau rakan strategik KWSP

LANGKAH MUDAH LAKUKAN E-PENGELUARAN

Jika anda memerlukan dan berkelayakan, pengeluaran khas KWSP untuk tujuan peribadi tertentu seperti diatas boleh dilakukan secara online. Panduan lengkap cara langkah mudah lakukan e-pengeluaran telah disediakan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button