BANTUANBKM TambahanStatus PermohonanTarikh Pembayaran

Ringkasan Dan Tarikh Bayaran BKM Tambahan RM 500 – Semak Segera

Untuk sedia maklum, Insentif Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM 2022 adalah merupakan bantuan berbentuk tunai dari pihak Kerajaan yang lebih mengsasarkan kepada individu dan golongan yang memerlukan bagi membantu meringankan beban kos pembelanjaan pada tahun ini. Menerusi BKM ini telah diumumkn pada sidang Bajet 2022 dan akan memberikan manfaat kepada semua kategori isi rumah b40 / m40, warga emas dan bujang.

Pembayaran BKM 2022 akan diberikan secara berperingkat iaitu melibatkan 4 Fasa dalam tahun 2022. Kadar jumlah bayaran mengikut fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan BKM. Pihak Kerajaan juga turut menyediakan bayaran BKM tambahan kepada beberapa kategori BKM yang layak.

Tarikh Bayaran BKM Tambahan

Di bawah telah disediakan jadual pembayaran BKM mengikut Fasa seperti berikut :

  • Fasa 1 bermula paa 28 Mac 2022 (Selesai)
  • Fasa 2 pada Jun 2022
  • Fasa 3 pada September 2022
  • Fasa 4 pada Disember 2022.

Kadar Bayaran BKM Tambahan

Untuk makluman, kadar jumlah bayaran bagi BKM Tambahan bagi kategori yang layak adalah seperti berikut :

  • Bayaran BKM Tambahan RM 300 kepada penerima di kategori isi rumah yang berstatus Warga emas yang mempunyai anak dan menepati syarat
  • Bayaran BKM tambahan RM 500 kepada penerima di kategori isi rumah yang berstatus  Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak dan menepati syarat.

Semakan Kelayakan BKM Tambahan

Anda boleh membuat semakan status anda sekiranya anda layak menerima BKM tambahan atau tidak. Semakan boleh dibuat secara online. Panduan cara membuat semakan adalah seperti berikut :

  • Sila layari Portal Rasmi BKM – DI SINI
  • Kemudian masukkan nombor Kad Pengenalan anda da tekan YA jika betul
  • Sila sahkan kata kunci keselamatan anda dan tekan YA
  • Sila masukkan kata laluan yang telah didaftarkan sebelum ini
  • Tekan “Semakan Status” untuk membuat semakan status permohonan
  • Kemudian status permohonan berserta jumlah bayaran bantuan BKM diluluskan akan dipaparkan pada skrin anda
  • Sekiranya tiada maklumat BKM tambahan dipaparkan di skrin anda, bermakna anda tidak layak untuk menerima bayaran BKM Tambahan tersebut.

Maklumat Tambahan

Pada tahun 2022 selain daripada bantuan BKM ini terdapat pelbagai lagi bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi membantu Keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button