BANTUANFasa 4STR

Bantuan Tunai RM600 & RM900 : Dikreditkan Kepada Kategori Ini

Bantuan tunai RM600 & RM900 akan dikreditkan kepada kategori penerima sedia ada STR isi rumah golongan B40. Untuk makluman, pembayaran fasa berikutnya yang dijadualkan tidak lama lagi akan membabitkan kategori isi rumah dan warga emas sahaja.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 

Kerajaan perpaduan pada tahun ini telah menunaikan janji mereka yang diucapkan pada sidang Belanjawan 2023. Program pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini telah selesai dibayar bagi fasa 1 hingga fasa 3.

Kini hanya tinggal satu sahaja lagi fasa pembayaran bagi bantuan tunai STR pada tahun ini. Bagi kategori bujang, bayaran penuh telahpun diberikan iaitu berjumlah RM350 yang dikreditkan pada bulan Januari, April dan Jun lalu.

Berikut dikongsikan jumlah bayaran bagi bantuan tunai STR yang akan dikreditkan pada fasa terakhir (4) mengikut kategori kelayakan.

BANTUAN TUNAI RM600 & RM900

Untuk makluman, bayaran bantuan tunai RM600 & RM900 STR fasa 4 akan diberikan kepada kategori isi rumah B40 seperti berikut :

  • Isi rumah (Pendapatan RM2,500 sebulan) Mempunyai tanggungan anak 1-2 : RM600
  • Isi rumah (Pendapatan RM2,500 sebulan) Mempunyai tanggungan anak 3-4 : RM900

KADAR BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500)

  • Tiada anak : RM200
  • Mempunyai tanggungan anak 5 dan lebih : RM1,200

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000)

  • Tiada anak : Tiada bayaran
  • Mempunyai tanggungan anak 1-2 : Tiada bayaran
  • Mempunyai tanggungan anak 3-4 : RM300
  • Mempunyai tanggungan anak 5 dan lebih : RM500

KATEGORI WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • RM200 setiap seorang

TARIKH BAYARAN

Bagi pengetahuan umum, tarikh bayaran bagi STR fasa 4 dijadualkan akan mula diagihkan pada bulan :

  • November 2023

SEMAKAN STATUS & RAYUAN 

Kepada penerima sedia ada, anda boleh membuat semakan status bayaran bantuan tunai STR. Manakala bagi penerima tidak lulus STR fasa 3 lalu, anda masih berpeluang untuk membuat permohonan rayuan sebelum tarikh tutup pada 31 Julai 2023.

Untuk semakan status dan permohonan rayuan STR, sila layari laman rasmi bantuan tunai MySTR – DI SINI

INFO LANJUT

Selain STR, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk kalian dapatkan – SEMAK SINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button