BANTUANMySTR 2024STRSumbanganTunaiRahmah

Rasmi : Jumlah Bayaran STR Dinaikkan Sehingga RM3,700

Rasmi : Jumlah Bayaran STR akan dinaikkan sehingga RM3,700 pada tahun hadapan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Perkara ini telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan pada sidang Belanjawan 2024 yang berlangsung pada bulan lalu.

RASMI : JUMLAH BAYARAN STR DINAIKKAN

Seperti sedia maklum, program bantuan khas Sumbangan Tunai Rahmah telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2023. Untuk makluman, jumlah bayaran STR pada tahun ini adalah sehingga RM3,100.

Baru-baru ini semasa sidang Belanjawan, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar bayaran STR kepada sehingga RM3,700. Perlaksanaan pemberian bantuan tunai STR ini akan disalurkan pada tahun hadapan.

Kerajaan juga telah memaklumkan, kategori belia bujang akan menerima kenaikkan bantuan pada tahun depan yang berjumlah RM500 berbanding RM350 tahun ini. Ini merupakan berita gembira untuk rakyat Malaysia kerana sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kewangan.

JADUAL RASMI BAYARAN STR 2024

Seperti tahun ini, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi sesi 2024 akan dikreditkan secara berperingkat (Fasa) sehingga selesai. Namun jadual rasmi keseluruhan bayaran STR belum diumumkan lagi oleh kerajaan.

Buat masa ini hanya jadual bayaran STR 2024 bagi fasa pertama sahaja telah dimaklumkan akan disalurkan selewatnya sebelum bulan ramadhan. Kerajaan juga telah memaklumkan akan menaikkan kadar maksimum fasa 1 sehingga RM500 berbanding RM300 pada fasa 1 tahun ini.

PERMOHONAN BARU & KEMASKINI MAKLUMAT STR

Bermula 1 November, permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah telah dibuka bagi mereka yang bukan penerima tahun ini. Apa yang menarik adalah tempoh permohonan adalah lebih lama dan boleh dikemukakan pada bila-bila masa.

Mereka juga boleh mengemaskini maklumat STR secara online pada bulan ini. Untuk kemaskini dan kemukakan permohonan, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

Bukan STR sahaja, kadar bantuan SARA juga dinaikkan daripada RM600 kepada RM1,200 dan diberikan selama 12 bulan.

MAKLUMAT LANJUT

Kepada yang terlepas pandang, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button