BANTUANMampu MilikRUMAH

Program Rumah Mampu Milik B40 ~ Permohonan Kini Dibuka Untuk Tahun 2022/23

Untuk sedia maklum, pada tahun 2022 terdapat inisiatif berbentuk perumahan mampu milik, program perumahan ini lebih disasarkan kepada golongan keluarga Malaysia B40. Anda boleh membuat permohonan rumah mampu milik yang telah disediakan seperti Rumah PPR, MyHOME dan rumah transit.

Sekiranya anda menepati kelayakan, anda boleh membuat permohonan melalui sistem Pengurusan Perumahan Negara atau lebih sinonim dikenali sebagai SPRN tahun 2022. Di bawah telah disediakan maklumat berkenaan syarat kelayakan dan cara mohon rumah mampu milik.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah berbeza mengikut skim perumahan yang ditetapkan. Yang pasti syarat utama adalah pemohon wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah dan berumur 18 tahun dan keatas pada tarikh permohonan. Anda boleh menyemak syarat kelayakan mengikut skim perumahan melalui portal rasmi TEDUH.

Fungsi Portal TEDUH

Laman portal TEDUH pula berfungsi sebagai laman yang mengongsikan maklumat pencarian berkenaan dengan projek-projek dan program perumahan awam dan swasta di dalam negara. TEDUH jugak merupakan bertindak sebagai pintu “One Sto Centre” kepada keluarga Malaysia yang ingin membuat permohonan rumah mampu milik yang telah disediakan di laman tersebut.

Skim perumahan mampu milik yang anda boleh buat permohonan melalui SPRN adalah seperti berikut :

  • Skim Perumahan MyHome
  • Skim Perumahan PPR
  • Skim Perumahan Rumah Transit
  • Skim Perumahan SPP

Cara Daftar Secara Online

  1. Langkah pertama, sila layari Portal Rasmi SPRN KPKT untuk membuat pendaftaran –DI SINI
  2. Kemudian tekan pada “Daftar akaun”
  3. Sila masukan nama pemohon dan emel yang digunakan
  4. Daftar dan semak untuk membuat pengesahan

Permohonan

Bagi anda yang berminat membuat permohonan, cara permohan cukup mudah dan permohonan ini hanya perlu anda buat secara Online sahaja. Sila ikut arahan yang telah disediakan sehingga selesai. Sila layari Portal Rasmi TEDUH KPKT untuk semakan penuh skim Perumahan mampu milik dan mohon  –DI SINI

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan rumah mampu milik ini, sila hubungi talian khas TEDUH KPKT di – 03 8891 4475.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai inisiatif yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai inisiatif yang ada pada tahun ini khususnya bantuan berbentuk kewangan yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan –SEMAK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button