BANTUANBKPKK

Bantuan BKPKK Sehingga RM3600 Untuk B40

Bantuan BKPKK adalah merupakan inisiatif dari pihak kerajaan untuk mereka yang memerlukan. Terdaapt pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan pada tahun ini tidak kira peringkat negeri mahupun persekutuan.

Inisiatif ini amat penting bagi sesetengah golongan terutama yang mempunyai pendapatan rendah. Salah satu insentif yang disediakan adalah Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti atau lebih dikenali sebagai BKPKK yang diselia dibawah kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun ini.

INSENTIF BKPKK

Program bantuan khas ini melibatkan jumlah insentif kewangan sebanyak RM300 untuk sebulan atau RM1,800 untuk 1 semester. Pemberian bantuan ini diberikan untuk tempoh 2 semester kepada individu / pelajar yang layak dengan jumlah sebanyak RM3,600.

Kepada anda yang mempunyai anak atau kenalan yang memerlukan bantuan ini, sila semak syarat kelayakan dan panduan permohonan yang telah disediakan di bawah.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut adalah senarai syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti dibawah :

  • Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Individu / pelajar yang ingin memohon bantuan BKPKK ini wajib merupakan pelajar yang mempunyai ibu bapa atau penjaga yang berpendapatan semasa bulanan RM3,000 dan kebawah tanpa tertakluk pada jumlah tanggungan sekeluarga
  • Individu / pelajar yang ingin memohon tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam program bantuan ini
  • Perlu menandatangani 2 salinan borang perjanjian tidak perlu penjamin
  • Perlu mengisi borang penyata pendapatan bulanan kasar keluarga
  • Bantuan khas kewangan ini hanya dibuka kepada pelajar kolej komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja yang melibatkan sekurang-kurangnya 4 semester bagi peringkat sijil.

PANDUAN PERMOHONAN

Untuk makluman, bagi pelajar yang layak menerima bantuan ini untuk sepanjang tahun atau bersamaan 2 semester wajib mendapatkan CGPA minimum 2.0. Ini adalah syarat bagi melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua nanti.

Bagi semakan lengkap berkenaan BKPKK, anda boleh rujuk di laman rasmi KPM – DI SINI untuk semakan penuh.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan khas untuk pelajar B40 ini. Terdapat banyak lagi inisiatif terutama bantuan tunai yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi mereka yang memerlukan khususnya golongan sasar. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button