BANTUANMySalam

Bantuan Kewangan Automatik RM700 ~ Panduan Tuntutan

Bantuan kewangan automatik yang dimaksudkan adalah merupakan sebuah inisiatif skim Mysalam yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun ini. Program skim bantuan Mysalam ini adalah insentif yang diberikan secara percuma (automatik) tanpa perlu membuat permohonan.

BANTUAN KEWANGAN AUTOMATIK

Untuk makluman, progam bantuan Mysalam ini adalah merupakan sebuah skim bantuan takaful perlindungan kesihatan yang diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. Melalui skim bantuan ini menyediakan perlindungan takaful untuk kumpulan berpendapatan rendah menerusi dana amanah Mysalam tahun ini.

Objektif utama skim bantuan ini diperkenalkan bagi membantu memudahkan kehidupan golongan yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang lebih selesa. Terumata apabila menghadapi dengan cabaran dari segi kewangan dengan penyakit yang dihidapi.

MANFAAT YANG BOLEH DIDAPATKAN

Berikut adalah menfaat yang bakal diterima menerusi program bantuan Mysalam seperti dibawah :

  • Akan mendapat bayaran harian bagi tempoh 14 hari dalam setahun pada kadar RM40 sehari bersamaan RM700 setahun
  • Bakal menerima bayaran RM8,000 yang akan disalurkan pada masa yang akan diberitahu

Nota : Berita baik untuk semua, bermula tahun ini bantuan Mysalam telah diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Dibawah telah disediakan syarat kelayakan bagi mendapatkan bantuan kewangan automatik mysalam seperti berikut :

  • Terbuka kepada individu yang berumur dari 18 sehingga 65 tahun dan mempunyai pasangan
  • Terbuka kepada golongan OKU yang berumur dari 18 sehingga 65 tahun dengan pendapatan tahunan dibawah RM24,000
  • Terbuka kepada individu yang berumur 40 sehingga 65 tahun dengan pendapatan tahunan dibawah RM24,000.

PANDUAN TUNTUTAN

Berikut telah dikongsikan panduan untuk menebus bantuan mysalam RM700 ini seperti dibawah :

  • Untuk semakan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi Mysalam – DI SINI
  • Bagi penerima bantuan tunai kerajaan seperti BSH, BPR dan BKM, mereka secara automatik layak kerana data mereka terus dimasukan ke dalam sistem Mysalam
  • Kepada penerima yang layak akan dimaklumkan melalui pesanan SMS
  • Sila semak senarai penyakit kritikal yang membolehkan anda mendapatkan bantuan – KLIK DISINI
  • Sekiranya anda layak tetapi tidak menerima sebarang pengesahan melalui SMS, anda boleh hantar emel di [email protected] atau hubungi talian khas 1-300 888 938.

INFO LANJUT

Selain daripada bantuan skim mysalam ini, terdapat pelbagai jenis inisiatif telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan terutama golongan sasar. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button