Maklumat penuh berkenaan panduan daftar dan mohon skim perumahan mampu milik melalui i-Biaya KPKT tahun 2022.
Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis inisiatif dari pihak Kerajaan telah dilancarkan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. Salah satu program telah diperkenalkan adalah Skim Rumah Mampu Milik untuk golongan B40. Hal ini kerana masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang masih belum memiliki rumah sendiri.
Melihat kepada faktor masalah pembiayaan, pihak Kerajaan keluarga Malaysia melalui KPKT baru sahaja melancarkan 1 program yang diberi nama i-Biaya rumah bagi membantu rakyat mendapatkan pembiayaan perumahan di dalam Negara dengan senang lulus dan lebih mudah proses.
Panduan Daftar i-Biaya Perumahan 2022
Untuk makluman, pihak Kerajaan telah menyediakan 3 pilihan untuk pemohon mendapatkan pembiayaan perumahan melalui skim program i-biaya rumah seperti berikut :
1 , i-Biaya Skim PR1MA
- Melalui Skim Rumah PR1MA, anda boleh menyewa terlebih dahulu pada kadar sewa bulanan yang murah dan berpatutan
- Dalam masa yang sama, sama ada anda berpeluang untuk memiliki aset unit tersebut pada masa akan datang yang kebanyakkannya terletak di bandar-bandar besar di Malaysia
- Anda boleh buat pilihan , mahu sewa dahulu beli kemudian.
2 , i-Biaya Rumah SKJP
- Skim Jaminan Kredit Perumahan atau lebih dikenali sebagai SKJP
- Terbuka kepada individu yang bekerja sendiri, peniaga, usahawan dan lain-lain yang tiada slip gaji, gaji bulanan masih rendah, tiada KWSP boleh memohon skim untuk kategori ini
- Yang lebih bagus proses lebih mudah dan senang, anda sama sekali tidak perlu membayar wang deposit rumah melalui skim kategori ini.
3 , i-Biaya Skim Rumah Pertamaku
- Sekiranya anda berminat memiliki rumah tetapi tiada kemampuan untuk sediakan deposit, anda boleh memohon pembiayaan perumahan sehingga 110 % melalui Skim Rumah Pertamaku.
Nota : Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan i-biaya ini, anda boleh layari Portal Rasmi MKN sebagai rujukan untuk permohonan – DI SINI
Maklumat Lanjut
Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk tunai telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu meringankan beban rakyat pada tahun ini. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI