BANTUANBMTMusimtengkujuhRISDA

Pemberian Bantuan Musim Tengkujuh RM800 : Jadual Bayaran

Pemberian Bantuan Musim Tengkujuh berjumlah RM800 akan mula dibayar secara berperingkat tidak lama lagi kepada rakyat. Untuk makluman, BMT ini adalah merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan pada sidang Belanjawan 2023.

PEMBERIAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Kerajaan perpaduan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan insentif tambahan BMT (Bantuan Musim Tengkujuh) bagi tahun ini. Atas dasar keprihatinan kerajaan, kadar bayaran telah ditingkatkan daripada RM600 tahun sebelum kepada RM800 tahun ini.

Melalui program pemberian bantuan khas BMT ini, kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM256 juta dan akan memberi manfaat kepada sekitar 320,000 penerima.

Tujuan utama perlaksanaan bantuan istimewa ini adalah bagi membantu meringankan beban mereka yang berkelayakan bagi menghadapi musim tengkujuh. Jumlah bayaran RM800 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima selama 4 bulan berturut-turut.

JADUAL BAYARAN PEMBERIAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Berikut adalah jadual rasmi bayaran bagi bantuan musim tengkujuh tahun ini mengikut fasa seperti di bawah :

  • Fasa 1 (November) 2023 : RM200
  • Fasa 2 (Disember) 2023 : RM200
  • Fasa 3 (Januari) 2024 : RM200
  • Fasa 4 (Februari) 2024 : RM200

Penerima yang berkelayakan akan diproses untuk menerima bayaran bantuan secara transaksi atas talian (EFT) ke dalam akaun bank yang aktif didaftarkan dalam borang permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk maklumat, permohonan bagi program bantuan BMT 2023 mula dibuka pada tarikh 15 Jun 2023 dan ditutup pada 15 September 2023. Kepada pemohon yang layak akan menerima bantuan bermula November ini sehingga Februari tahun hadapan (Tempoh 4 bulan berturut-turut).

SEMAKAN STATUS BMT 2023

Kepada mereka yang berkenaan, semakan status bayaran boleh dilakukan secara online. Untuk semakan, sila layari laman rasmi BMT RISDA – DI SINI

Kelayakan bagi mendapatkan manfaat dari insentif ini adalah rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan pesawah dan pekebun kecil getah. Inisiatif ini diadakan bagi meringankan beban serta meminimum beban sara hidup kumpulan yang berkaitan.

MAKLUMAT LANJUT

Bukan BMT sahaja, terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button