Pengeluaran KWSP Perlu Dipertimbangkan – Muhyiddin
Pengeluaran KWSP perlu dipertimbangkan, itulah ungkapan wakil pengerusi Perikatan Nasional iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pada sidang mesyuarat pertama penggal kedua majlis parlimen ke 15. Beliau meminta agar kerajaan perpaduan mempertimbangkan pengeluaran KWSP secara bersasar untuk menunaikan kehendak rakyat.
PENGELUARAN KWSP PERLU DIPERTIMBANGKAN
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yasin, pihak kerajaan perpaduan seharusnya memberikan tumpuan sepenuhnya bagi usaha untuk memajukan ekonomi domestik dalam negara. Serta memelihara kebajikan rakyat terutama yang memerlukan.
Ini adalah tugas utama dan hakiki yang perlu di sandang kerajaan. Suara rakyat perlu didengar untuk membela nasib mereka khususnya yang kurang berkemampuan. Salah satu, apa salahnya kerajaan mempertimbangkan pengeluaran KWSP secara bersasar. Jika ini adalah kehendak rakyat bagi meringankan beban mereka di waktu memerlukan kerana itu wang mereka.
Walaupun usia pihak kerajaan perpaduan telah memerintah sudah menjangkau 3 bulan, beliau masih belum melihat sebarang langkah perubahan yang komprehensif diambil oleh kerajaan. Langkah-langkah perlu diambil oleh pihak berwajib bagi mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup rakyat yang kian meningkat.
KEPENTINGAN RAKYAT PERLU DIUTAMAKAN
Ahli parlimen Pagoh itu turut menambah, pihak Bank juga perlu bekerjasama membantu rakyat dengan cara sebagai contoh melaksanakan semula moratorium bayaran balik pinjaman secara bersasar. Hal ini bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat inflasi dan kenaikan OPR pada tahun ini.
Tan Sri Muhyiddin berkata langkah program Rahmah diperkenalkan adalah merupakan inisiatif yang bagus. Namun beliau mempersoalkan adakah program tersebut akan bertahan lama sekiranya harga kos barang mentah terus meningkat pada tahun ini.
Akhir ucapan beliau mengharapkan agar pihak kerajaan perpaduan yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mengumum dan melaksanakan langkah-langkah yang lebih relevan. Serta menyeluruh bagi mengatasi masalah kos sara hidup rakyat terutama golongan yang memerlukan.
Untuk makluman, sidang Belanjawan 2023 akan dibentangkan pada 24 Februari ini, terdapat inisiatif yang akan diperkenalkan oleh kerajaan pada sidang tersebut. Program insiatif baru akan dikemaskini selepas Belanjawan 2023 diumumkan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk makluman, terdapat pelbagai bantuan yang telah diperkenalkan pada tahun sebelum ini masih diteruskan pada tahun 2023 untuk rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.