KWSPPengeluaran PenuhPengeluaran sebahagian

17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dikeluarkan Pada Tahun 2023

17 Jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan pada tahun ini adalah merupakan inisiatif kemudahan yang telah disedikan oleh pihak KWSP. Untuk makluman umum, walaupun pengeluaran KWSP secara bersasar tidak dapat diluluskan.

Namun pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan kemudahan pengeluaran wang untuk tujuan peribadi tertentu selagi menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

17 JENIS PENGELUARAN KWSP

Mungkin ramai yang ingat pengeluaran KWSP hanya boleh dilakukan untuk tujuan membeli rumah atau umur ahli yang telah mencapai 60 tahun. Untuk makluman bukan itu sahaja, terdapat 17 jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan pada tahun ini.

Pihak KWSP telah membenarkan pengeluaran secara penuh dan sebahagian simpanan bagi membantu memenuhi keperluan tertentu selaras dengan polisi KWSP sedia ada.

Terdapat beberapa jenis pengeluaran yang boleh dibuat sebelum mencapai tempoh matang. Berikut disediakan jenis pengeluaran KWSP yang boleh dibuat melalui akaun 1 dan akaun 2 selagi menepati syarat yang telah ditetapkan.

PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN

Bagi memudahkan ahli / pencarum KWSP membuat persediaan untuk menghadapi hari persaraan yang lebih selesa, KWSP telah membenarkan pengeluaran penuh dan sebahagian. Pengeluaran boleh dilakukan untuk memenuhi keperluan tertentu dan menepati kelayakan.

Dua kategori pengeluaran KWSP yang dibenarkan adalah seperti dibawah :

PENGELUARAN PENUH KWSP

  • Umur mencapai 60 tahun
  • Umur mencapai 55 tahun
  • Pesara pilihan & pekerja berpencen
  • Ahli meninggalkan negara
  • Kematian
  • Hilang upaya

PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP

  • Mencapai umur 50 tahun
  • Bina rumah
  • Beli rumah
  • Pendidikan
  • Menyelesaikan / mengurangkan bagi pinjaman rumah sendiri
  • Perumahan fleksibel
  • Ansuran bulanan pijaman perumahan
  • Perumahan PR1MA
  • Menunaikan ibadah haji
  • Kesihatan
  • Simpanan melebihi RM1 juta

SEMAKAN SYARAT & PERMOHONAN

Kepada ahli yang ingin membuat pengeluaran wang KWSP untuk tujuan yang tersedia seperti di atas, anda boleh terus layari portal rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button