BANTUANBLPJKMLatihan Perantis

Program Bantuan Latihan Perantis RM200 Sebulan Untuk Rakyat

Program Bantuan Latihan Perantis atau dikenali sebagai BLP adalah merupakan sebuah inisiatif yang ditawarkan dalam skim bantuan JKM. Untuk sedia maklum, insentif yang disediakan dalam program BLP ini berjumlah RM200 (seorang) sebulan yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia.

PROGRAM BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)

Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan pada tahun ini bagi membantu golongan yang memerlukan terutama kepada B40 dan miskin. Salah satu inisiatif yang boleh dimohon jika berkelayakan adalah melalui program BLP.

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengendalikan sepenuhnya program bantuan khas BLP pada tahun ini. Dengan andanya inisiatif tambahan ini, mereka yang berkelayakan dan memerlukan boleh dapat manfaat yang disediakan.

Program istimewa seperti ini dilaksanakan adalah memberi peluang kepada anak muda, individu yang sedang menganggur bagi mendapatkan insentif bulanan dan manfaat yang disediakan.

KELAYAKAN BANTUAN LATIHAN PERANTIS

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan khusus yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi memohon bantuan khas ini seperti di bawah.

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Menetap di dalam negara
  3. Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ penghuni dari institusi kebajikan
  4. Kes-kes seliaan akhlak
  5. Bekas pelatih perintah khidmat masyarakat

Untuk pengetahuan umum, semua perlaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (Concurrent List) antara kerajaan persekutuan dan negeri. Semua ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan (9) senarai perundangan.

Nota : Sebarang kelulusan adalah berdasarkan tempoh latihan dan maksimum sehingga 24 bulan/ 2 tahun.

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN LATIHAN PERANTIS

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, anda boleh menyertai program BLP ini dengan kemukakan permohonan. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

Jangan lupa sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan bagi memudahkan urusan semakan permohonan. Borang permohonan boleh dimuat turun di laman rasmi JKM diatas.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan telah memperkenalkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button