BANTUANMySTRMySTR 2024

MySTR : Pemberian Bantuan Sehingga RM2,500 Untuk B40

MySTR : Pemberian Bantuan tunai sehingga RM2,500 akan disalurkan kepada penerima yang berada dalam kategori B40. Seperti sedia maklum, bantuan Sumbangan Tunai Rahmah akan diteruskan bagi sesi tahun 2024.

MYSTR : PEMBERIAN BANTUAN TUNAI 2024

Pihak kerajaan telah memaklumkan maklumat yang perlu diketahui berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah 2024. Apa yang menarik adalah kadar jumlah bayaran telah ditingkatkan kepada RM3,700 berbanding RM3,100 sebelum ini.

Jumlah bayaran telah ditetapkan mengikut kategori kelayaakan dan bilangan tanggungan anak. Inisiatif tambahan Sumbangan Asas Rahmah juga telah diperluaskan kepada 700,000 penerima STR.

Tujuan utama perlaksanaan insentif berbentuk bantuan kewangan STR ini adalah bagi membantu meringankan beban rakyat terutama golongan pendapatan di bawah RM5,000 sebulan.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYSTR MENGIKUT KATEGORI

Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa kadar jumlah bayaran STR telah ditetapkan mengikut kategori seperti dibawah.

KATEGORI ISI RUMAH

  • Pendapatan bulanan RM2,500 (B40) : Kadar jumlah yang diberikan adalah dari RM1,000 sehingga RM2,500. Amaun ditentukan mengikut jumlah bilangan tanggungan is rumah.
  • Pendapatan bulanan RM5,000 (M40) : Kadar jumlah yang diberikan adalah dari RM500 sehingga RM1,250. Amaun ditentukan mengikut jumlah bilangan tanggungan isi rumah.

KATEGORI BUJANG DAN WARGA EMAS

  • Bujang (Belia) : Kadar jumlah bayaran STR adalah RM350
  • Warga emas : Kadar jumlah bayaran STR adalah RM600

TARIKH PEMBERIAN BANTUAN MYSTR 2024

Untuk pengetahuan umum, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2024 akan disalurkan berperingkat mengikut fasa seperti dibawah :

  • STR fasa 1 : Februari 2024
  • STR fasa 2 : April 2024
  • STR fasa 3 : Ogos 2024
  • STR Fasa 4 : November 2024

Nota : Kadar pemberian STR akan dilakukan secara pengkreditan ke dalam akaun bank dan tebus tunai di BSN bagi individu tiada kad bank.

SEMAKAN STATUS & KEMASKINI MYSTR

Kepada mereka yang belum kemaskini maklumat terkini, anda disarankan untuk membuat pengemaskini kerana ianya masih dibuka. Perkara ini adalah bagi membantu mereka mendapatkan kadar bayaran bantuan yang bersesuaian.

Untuk semakan status, kemaskini maklumat dan pendaftaran baharu, sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button