Pendaftaran Lesen Percuma 2025 Melalui Program MyLesen B2

Pendaftaran lesen percuma 2025 kini boleh dimohon melalui program MyLesen B2 yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia. Program ini direka khusus untuk membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendapatkan lesen memandu Malaysia (LMM) tanpa sebarang kos, selagi kuota masih dibuka mengikut kawasan yang ditetapkan.
Pendaftaran Lesen Percuma 2025
Program MyLesen B2 menawarkan pelbagai keistimewaan bagi individu yang layak untuk memiliki lesen memandu motorsikal kelas B2. Pihak kerajaan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memaklumkan pada tahun ini akan memberi manfaat kepada 15,000 peserta.
Apa yang menarik adalah program khas ini telah diperluaskan kepada golongan B40 dan tanggungan. Ini termasuklah peluang untuk mendapatkan lesen memandu secara percuma dan latihan memandu yang diandaikan akan meningkatkan keselamatan di jalan raya.
Dengan inisiatif ini, kerajaan berusaha untuk memastikan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia dapat memanfaatkan kemudahan pengangkutan dan meningkatkan mobiliti mereka.
Proses Permohonan Lesen Percuma (MyLesen)
Bagi mereka yang ingin memohon pendaftaran lesen percuma menerusi program MyLesen B2, prosesnya adalah mudah dan jelas. Calon perlu melayari laman web yang ditetapkan untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai syarat kelayakan serta langkah-langkah permohonan.
Pastikan semua dokumen yang diperlukan disediakan untuk memudahkan urusan pendaftaran. Program ini bukan hanya memberikan peluang kepada individu tetapi juga menyumbang kepada peningkatan taraf hidup masyarakat secara keseluruhan.
Untuk pendaftaran secara terus, anda boleh mohon melalui pejabat JPJ negeri masing-masing. Untuk butiran selengkapnya, sila kunjungi laman rasmi – MyLesen (JPJ) sebagai rujukan umum.