Panduan Permohonan Rumah PPRT Tahun 2023
Panduan permohonan rumah PPRT bagi tahun 2023 telah disediakan di halaman ini bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah mampu milik. Untuk makluman, program perumahan rakyat termiskin (PPRT) telah disediakan oleh kerajaan.
RUMAH PPRT 2023
Untuk sedia maklum, program rumah PPRT ini adalah bertujuan untuk membantu rakyat memiliki rumah sendiri terutama untuk golongan miskin tegar. Dengan adanya inisiatif ini secara langsung dapat meningkatkan kualiti kehidupan rakyat yang memerlukan.
Inisiatif khas ini diberikan dengan cara membaik pulih rumah atau membina rumah baru yang bertujuan menyediakan tempat kediaman yang lebih selesa dan selamat. Perkara ini adalah sebagai asas pertumbuhan yang positif bagi sesebuah keluarga.
KATEGORI LAYAK MOHON
Untuk pengetahuan umum, program rumah PPRT ini terbuka kepada rakyat Malaysia dan lebih diberi keutamaan kepada golongan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Golongan warga emas
- Mangsa bencana alam yang berskala kecil
- Orang kelainan upaya (OKU)
- Bapa atau ibu tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang tinggal bersama
- Keutamaan program rumah PPRT ini adalah kepada daerah dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.
KATEGORI JENIS RUMAH PPRT
Untuk makluman, program PPRT ini melibatkan 2 kategori yang boleh dimohon seperti berikut :
BINA BARU RUMAH
- Inisiatif bantuan pembinaan rumah baharu akan diberikan kepada golongan yag tidak lagi mempunyai rumah sendiri atau rumah yang didiami waktu ini terlalu usang dan tidak selamat untuk ditinggal.
BAIK PULIH RUMAH
- Bagi baik pulih rumah melibatkan 3 elemen penting iaitu penambahbaikan, penyelenggaraan dan requisitin. Permohonan bantuan ini dibuka kepada mereka yang mempunyai rumah usang atau mempunyai kerosakan dan masih boleh dibaiki.
- Kepada pemohon, sila lampirkan surat kebenaran bagi kes menumpang tapak tanah dari pemilik.
PANDUAN PERMOHONAN RUMAH PPRT
Kepada golongan yang belum mempunyai rumah dan merupakan golongan yang memerlukan, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online). Sila layari laman rasmi eSPKR – DI SINI
Panduan permohonan rumah PPRT tahun 2023 telah disediakan lengkap di laman rasmi diatas.
MAKLUMAT LANJUT
Pada tahun ini terdapat pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah dilancarkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang kurang bernasib baik. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.