BANTUANKIRWAS

KIRWaS IT : Bantuan RM500 Ditawarkan Kepada Yang Layak

KIRWaS IT : Bantuan RM500 ditawarkan kepada penduduk yang berkelayakan dan memerlukan pada tahun ini. Program bantuan kewangan yang dikenali sebagai KIRWAS, iaitu Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak, telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri sebagai satu langkah untuk mengurangkan beban kewangan rakyat yang memerlukan.

KIRWaS IT : BANTUAN RM500

Dalam situasi ekonomi yang mencabar, inisiatif ini menawarkan bantuan tunai berjumlah RM500 khusus untuk wanita, terutamanya yang bertatus ibu tunggal. Perlaksanaan KIRWAS ditujukan kepada golongan wanita yang memerlukan sokongan kewangan tambahan.

Program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu tunggal, yang sering kali berhadapan dengan cabaran ekonomi yang lebih besar. Dengan bantuan berjumlah RM500 ini, kerajaan negeri berharap ia dapat memberikan sedikit kelegaan kepada mereka yang terjejas.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN KIRWaS IT

Untuk makluman umum, antara syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti di bawah ;

  • Permohonan dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Pemohon merupakan pemegang kad ID status K atau isteri kepada pemegang kad ID status K
  • Berumur 18 tahun dan keatas (untuk wanita berniaga/ usahawan)
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan
  • Wanita yang bertatus KIR yang mempunyai suami tidak berdaya untuk bekerja.

BAGAIMANA CARA MOHON BANTUAN KIRWaS IT?

Permohonan untuk KIRWAS dibuka secara umum dan menggalakkan semua wanita yang layak untuk memohon. Bagi mereka yang berminat, proses permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web rasmi KIRWaS .

Bagi memudahkan urusan semakan borang permohonan, setiap pemohon disarankan sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti ;

  • Salinan kad pengenalan diri pemohon
  • Salinan penyata akaun bank
  • Sijil cerai, kematian atau surat pengesahan ketua isi rumah yang disahkan oleh ketua komuniti.

Diharapkan, dengan adanya program Bantuan Kewangan KIRWAS ini, wanita-wanita di Sarawak dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan Stabil. Dengan inisiatif ini, wanita akan merasa disokong dan diperkasakan dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

INFO LEBIH LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan insentif bantuan tunai telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat Malaysia yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button