KWSPPengeluaran BersasarPengeluaran KWSP

Kemudahan Pengeluaran Khas KWSP Secara ”One-off” Untuk Ahli

Kemudahan pengeluaran khas KWSP secara one-off menjadi isu hangat diperkatakan pada waktu sekarang. Lebih 320 ribu pencarum/ ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus menggesa kerajaan perpaduan untuk membenarkan pengeluaran simpanan pada tahun ini.

DESAKAN KEMUDAHAN PENGELUARAN KHAS KWSP

Ramai para pencarum KWSP kini mendesak pihak kerajaan bagi meluluskan kemudahan pengeluaran khas KWSP dari simpanan akaun 1 secara one-off. Perkara ini adalah bagi memulihkan ekonomi keluarga yang memerlukan yang kian meruncing pada tahun ini.

Idea kerajaan dan KWSP untuk memperkenalkan i-cagar sebagai alternatif pengeluaran secara bersasar juga ditolak oleh mejoriti pencarum. Hal ini kerana i-cagar bukan membantu malah akan menambahkan masalah kewangan pada masa akan datang.

Jannahtul Ain Jaafar selaku Presiden Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia (PWRN) berkata. Keengganan kerajaan membenarkan pengeluaran khas KWSP mengakibatkan ahli terbeban dengan pelbagai implikasi kewangan.

Menurut beliau, pihak kerajaan sepatutnya mendengar rintihan rakyat terutama golongan yang memerlukan yang kini terbeban dengan pelbagai masalah. Kebanyakan dari mereka yang menginginkan pengeluaran ini adalah untuk menyelesaikan masalah hutang mereka.

CADANGAN PENGELUARAN KHAS KWSP BERSASAR

Mengulas lebih lanjut, pihak PWRN berkata pengeluaran secara bersasar adalah langkah lebih baik untuk waktu ini. Memandangkan purata pencarum yang ingin pengeluaran untuk tujuan menyelesaikan beban hutang mereka.

Jannahtul Ain juga berkata bahawa PWRN tidak ada berkaitan dengan mana-mana parti politik, ini adalah perjuangan yang dibawa sendiri. PWRN hanya mewakili suara lebih 320,000 pencarum yang menuntut hak mereka bagi mengurangkan bebanan dan tekanan hidup akibat implikasi kewangan.

E-PENGELUARAN KWSP

Buat masa ini kemudahan yang dibenarkan kepada ahli adalah secara sebahagian dan penuh melalui e-pengeluaran KWSP. Untuk semak senarai pengeluaran yang dibenarkan untuk tujuan peribadi tersedia, sila ke laman rasmi e-pengeluaran KWSP – DI SINI

INFO LANJUT

Terdapat pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan perpaduan pada tahun ini khusus untuk golongan memerlukan. Sila semak senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button