Kemudahan ePengeluaran KWSP Untuk Tujuan Peribadi ~ Panduan Permohonan
Kemudahan ePengeluaran KWSP untuk tujuan peribadi tersedia kini dibenarkan bagi pencarum yang berkelayakan pada tahun ini. Untuk makluman, pada tahun 2023 pihak kerajaan tidak dapat meluluskan pengeluaran khas 2.0 atas sebab tertentu.
Namun terdapat sebuah kemudahan pengeluaran yang disediakan bagi membantu ahli KWSP membuat pengeluaran selagi menepati syarat yang telah ditetapkan.
KEMUDAHAN EPENGELUARAN KWSP
Tahukah anda, pihak KWSP telah menyediakan kemudahan epengeluaran KWSP melalui akaun 2 untuk tujuan peribadi seperti berikut :
- Pengeluaran wang untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah sendiri
- Pengeluaran untuk membeli rumah baru
- Pengeluaran untuk membina rumah
- Pengeluaran untuk menyelesaikan hutang PTPTN
- Rawatan perubatan
- Pendidikan dan lain-lain lagi
KRITERIA SYARAT KELAYAKAN
Pihak KWSP telah meletakkan beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk memohon seperti berikut :
- Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia
- Pengeluaran tidak dibenarkan melebihi amaun pengeluaran maksimum
- Mematuhi syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
- Bayaran diberikan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank semasa / simpanan ahli atau rakan strategik
PANDUAN PERMOHONAN
Berikut telah disediakan langkah-langkah panduan permohonan melalui kemudahan epengeluaran KWSP 2023.
Langkah pertama : Sila layari portal rasmi KWSP
Langkah kedua : Anda perlu log masuk ke i-akaun KWSP
Step ketiga : Di paparan halaman utama anda sila tekan ‘Pengeluaran’
Langkah keempat : Selepas ini sila tekan ‘Permohonan Baru’
Langkah kelima : Pada ruangan bahagian jenis pengeluaran, anda perlu pilih tujuan pengeluaran dilakukan seperti membeli / membina rumah atau sebagainya.
Step keenam : Pada bahagian nama institusi, anda perlu pilih nama bank tempat anda membeli rumah atau berkaitan
Step ketujuh : Pemohon perlu ikuti langkah dan lengkapkan maklumat yang diperlukan sehingga selesai
Langkah kelapan : Setelah selesai dalam masa beberapa hari pemohon akan menerima pesanan SMS yang menyatakan. Pemohon perlu ke cawangan KWSP berhampiran untuk tujuan pengesahan cap jari
Nota : Keputuan epengeluaran ini akan mengambil masa kira-kira dalam 10 hari bekerja.
MAKLUMAT LANJUT
Selain kemudahan epengeluaran KWSP ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif terutama berbentuk bantuan kewangan bagi membantu rakyat. Kepada yang terlepas pandang boleh semak senarai inisiatif yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.