ePengeluaranKWSP

Kemudahan E-Pengeluaran KWSP : Boleh Dilakukan Tahun 2023

Kemudahan e-pengeluaran KWSP telah disediakan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa tahun 2023. Kepada ahli yang ingin membuat pengeluaran wang mereka untuk tujuan peribadi tersedia, anda dibenarkan selagi menepati syarat kelayakan.

KEMUDAHAN E-PENGELUARAN KWSP

Kemudahan e-pengeluaran kwsp boleh dimohon oleh setiap ahli yang berkelayakan pada bila-bila masa dan dimana jua secara online. Perkara ini adalah bagi membantu setiap pencarum yang ingin membuat pengeluaran wang mereka melalui i-akaun.

Ahli dibenarkan untuk membuat pengeluaran wang KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi seperti membina, ubah suai rumah, pendidikan dan lain-lain.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan bagi permohonan kemudahan e-pengeluaran KWSP yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  • Permohonan pengeluaran wang tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
  • Menepati syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  • Bayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank simpanan / semasa pencarum atau rakan strategik KWSP

JENIS PENGELUARAN YANG DIBENARKAN

Berikut adalah jenis pengeluaran yang dibenarkan kepada ahli yang ingin membuat pengeluaran melalui i-akaun KWSP tahun ini seperti di bawah :

  • Pengeluaran perumahan (Beli rumah, Bina rumah, Ansuran bulanan pijaman rumah, mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman rumah)
  • Pendidikan
  • Kesihatan
  • Simpanan melebihi 1 juta
  • Umur 50 tahun

PANDUAN PERMOHONAN E-PENGELUARAN KWSP

Kepada ahli / pencarum KWSP yang ingin melakukan pengeluaran simpanan akaun 2 bagi tujuan peribadi diatas, permohonan boleh dilakukan secara atas talian. Ahli perlu mendaftar i-akaun terlebih dahulu sebelum menggungan kemudahan e-pengeluaran KWSP.

Panduan lengkap cara daftar dan permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi e-pengeluaran KWSP – DI SINI

Kepada mereka yang ingin membuat pengeluaran sebenarnya tidak merugikan seperti tujuan perumahan. Kerana pada waktu persaraan nanti ahli tidak lagi berhutang dan sudah memiliki rumah sendiri.

INFO LANJUT

Pada tahun ini pelbagai kemudahan dan inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan telah disedikan oleh kerajaan negeri dan persekutuan. Perkara ini adalah bagi meringankan beban rakyat terutama golongan B40 dan miskin tegar.

Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button