Baru-baru ini, Pihak Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan Bantuan-bantuan tambahan untuk tahun akan datang bagi mereka yang layak menerima. Ini adalah sebahagian insentif pihak kerajaan menambah bantuan tambahan bagi tujan dapat meringan kan beban rakyat pada masa ini.
Salah satu Bantuan tambahan yang diperkenalkan ialah Bantuan Geran Pelancaran (GP) , tujuan bantuan GP ini antaranya seperti berikut :
- Dapat membantu penerima ke arah berdikari dan mencapai matlamat yang dituju. Mewujudkan Program Pengintrigrasian dan Program Pembangunan
- Dapat memperkasakan Kumpulan ekonomi sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM yang lebih produktif, mempunyai potensi, kemahiran dan minat untuk mendapatkan pendapatan untuk keluaraga atau individu
Syarat Kelayakan Bantuan Geran Pelancaran
- Kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM)
- Wajib berstatus Warganegara Malaysia atau Bermastautin menepati syarat
- Sebarang kes yang bekerpeluan akan dipertimbangkan kemungkinan layak dengan kelulusan melalui KPKM
- Purata Miskin Isi Rumah atau purata misikin per kapita tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan atau dikenali sebagai PGK
Kadar Pembayaran Bantuan
Bagi mereka yang layak menerima Bantuan ini yang menepati syarat kelayakan melalui bantuan Geran Pelancaran GP akan menerima bayan Bantuan Kewangan sebanyak maksimum RM 2 700 secara one-off.
Bantuan Geran Pelancaran ini akan diberikan kepada mereka yang sedang menerima bantuan sedia ada sahaja kerana Bantuan ini diberikan kepada Golongan Kumpulan Sasar JKM. Tidak perlu risau, kepada yang tidak menerima apa-apa bantuan dari JKM, anda boleh mengemukakan permohonan bantuan Bulanan JKM terlebih dahulu. Anda boleh membuat permohonan Geran Pelancaran sekiranya anda dapat tersenarai dalam penerimaan bantuan.
Cara Mohon Bantuan
Kepada mereka yang telah menepati syarat yang ditetap kan pihak JKM, anda boleh membuat permohonan Geran Pelacaran ini di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarat yang berhampiran anda. JKM juga ada memberikan bantuan bantuan lain dan jika anda ingin ketahui lebih lanjut berkenaan bantuan JKM 2022 anda boleh membaca di SINI
Jika anda ingin maklumat lebih lengkap dan terperinci, anda boleh terus melayari portal rasmi JKM di SINI
atau boleh terus menghubungi di talian :
Telefon : 03 8000 8000
Faks : 03 8323 2045