Bagi pengetahuan umum, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa ke 3 telah selesai proses pengagihan secara berperingkat ke akaun penerima bermula 20 September sehingga 29 September 2022. Ramai yang telah mendapat pembayaran tersebut.
Kaedah pembayaran Fasa 4 pula akan disalurkan sama seperti bayaran terdahulu iaitu secara berperingkat ke akaun penerima dan bagi penerima tanpa kad bank boleh menebus bantuan masing-masing di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.
Bantuan Keluarga Malaysia Tahun 2022
Program BKM atau lebih dikenali Bantuan Keluarga Malaysia adalah merupakan sebuah program bantuan bersasar yang diberikan kepada kategori yang berkelayakan termasuk golongan yang berpendapatan dibawah RM 5,000 sebulan. Bantuan ini disalurkan kepada kategori Isi rumah, bujang, ibu bapa tunggal serta warga emas pada tahun ini.
Kini sudah hampir tiba ke penghujung pembayaran bagi insentif bantuan kewangan BKM ini. Berikut disediakan jadual, kadar dan kategori bagi bayaran Fasa akhir (4) yang akan disalurkan tidak lama lagi.
Kategori Akan Terima Bayaran BKM Fasa 4
Pada edisi fasa terakhir, kategori isi rumah, ibu bapa tunggal akan terlibat dalam penerimaan bayaran bantuan ini, kepada penerima sedia ada sila semak status BKM anda untuk memudahkan semakan maklumat pembayaran.
Jumlah Kadar Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 4
Untuk penerima sedia ada, kadar bayaran BKM Fasa 4 yang anda akan terima adalah berbeza mengikut kategori kelayakan. Jumlah bayaran adalah sehingga RM 900, bergantung kelayakan penerima bayaran fasa terakhir nanti.
Jadual Bayaran BKM Fasa 4
Bagi makluman semua, pembayaran BKM Fasa terakhir ini akan berlaku pada bulan Disember 2022. Namun masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak kerajaan berkenaan tarikh bayaran. Pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa berkaitan jadual pembayaran BKM.
Penerima Rayuan BKM
Bagi kategori rayuan BKM pula, menurut Perdana Menteri lebih daripada 80,000 calon telah lulus rayuan BKM dan mereka akan menerima bantuan sehingga RM 2,350 mengikut kelayakan pada fasa 3.Untuk semakan status BKM akaun anda, sila layari portal rasmi BKM – DI SINI
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat berkenaan bantuan kerajaan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda mohon, anda boleh semak senarai bantuan di laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI