BANTUANBTRFasa 1

Jadual Bayaran BTR Fasa 1 Mulai Januari 2023

Jadual bayaran BTR fasa 1 akan diberikan pada Januari 2023 untuk warganegra Malaysia yang berkelayakan mengikut kategori. Untuk sedia maklum bantuan khas ini adalah merupakan insiatif baru diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun ini.

Pada sidang Bajet Mini 2023 yang berlangsung di dewan rakyat pada Disember 2022. Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju untuk mempercepatkan bayaran bagi Bantuan Tunai Rakyat (BTR) fasa 1.

Untuk makluman, sebelum ini jadual bayaran adalah pada bulan Mac. Namun disebabkan keprihatinan kerajaan melihat keadaan ekonomi sekarang dan banyak rakyat yang terkesan disebabkan bencana banjir. Pihak kerajaan telah secara rasmi mengumumkan bayaran bagi fasa 1 bantuan BTR akan diawalkan pada bulan ini.

BANTUAN TUNAI RAKYAT 2023

Program bantuan berbentuk kewangan BTR ini adalah merupakan inisiatif baru diperkenalkan pada tahun ini. Bantuan ini melibatkan dana bantuan terbesar setiap tahun seperti bantuan sebelum ini seperti BSH, BPR,BR1M dan BKM.

Bagi pengetahuan umum, jumlah keseluruhan bayaran BTR ini masih belum dinyatakan. Di jangkakan akan diumumkan pada sidang pembentangan BAJET 2023 pada Februbari nanti. Namun berita gembira pada bulan ini pembayaran Fasa 1 bantuan tunai akan dilaksanakan.

KATEGORI & KADAR BAYARAN FASA 1

Terdapat 2 kategori akan terlibat menerima bayaran bantuan khas ini, iaitu kategori keluarga akan menerima bayaran sebanyak RM300 dan bujang sebanyak RM100.

Pembayaran bantuan ini dijangkakan akan diberikan sama seperti bantuan terdahulu secara kredit terus ke dalam akaun. Bagi penerima yang tidak mempunyai kad bank boleh menebus di mana-mana cawangan BSN.

JADUAL BAYARAN BTR FASA 1

Untuk makluman, pihak kerajaan secara rasmi telah umumkan bahawa pembayaran bantuan tunai rakyat fasa 1 akan disalurkan pada Januari 2023. Dijangkakan bantuan akan mula diberikan pada pertengahan atau penghujung bulan ini. Segala maklumat berkenaan tarikh bayaran fasa 1 BTR ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Bagi semakan dan kemaskini maklumat bantuan tunai ini masih belum diumumkan, berkemungkinan data bantuan sebelum ini akan dimasukan ke dalam sistem BTR. Permohonan baru mungkin hanya dibuka kepada golongan yang tidak menerima bantuan sebelum ini.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, selain dari bantuan tunai rakyat terdapat pelbagai jenis inisiatif yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan yang akan dilaksanakan pada tahun 2023 seperti bantuan BAP, BKK dan lain-lain lagi. Sekiranya anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button