i-SuriInsentifKWSPWanita

Insentif RM300 Untuk Wanita Bujang & Suri Rumah

Insentif RM300 Untuk Wanita bujang & suri rumah disediakan dalam program khas kemudahan i-suri KWSP tahun ini.

PROGRAM INSENTIF RM300 UNTUK WANITA

Untuk makluman umum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menawarkan sebuah kemudahan khas untuk golongan wanita. Program i-suri dibawah KWSP ini menyediakan peruntukkan insentif kerajaan sebanyak RM300 setahun.

Mereka yang berstatus wanita terutama golongan suri rumah layak mendapatkan manfaat kemudahan i-suri ini. Perlaksanaan program ini adalah bertujuan mengiktiraf sumbangan dan peranan penting suri rumah / ibu dalam keluarga.

Dengan adanya kemudahan ini dapat memberi peluang untuk merancang kewangan bagi masa panjang dengan pelbagai manfaat disediakan. I-suri adalah skim caruman secara sukarela tiada amaun ditetapkan oleh KWSP.

Wanita yang berdaftar dalam sistem ekasih termasuk suri rumah, bujang, ibu tunggal dan balu dialu-alukan untuk mendaftar program khas ini. Mereka yang sertai boleh menerima insentif khas istimewa sebanyak RM300 setahun dengan jumlah maksimum RM3000 sepanjang hayat atau sehingga mencapai umur 55 tahun.

MANFAAT INSENTIF I-SURI UNTUK WANITA

ISURI KWSP

Antara manfaat dan faedah yang boleh didapatkan dalam program i-suri KWSP adalah seperti :

  1. Terima insentif tahunan : Individu layak menerima insentif khas maksimum RM300 setahun. Insentif ini bersamaan 50% dari caruman yang dibuat, lebih banyak mencarum lebih banyak akan terima.
  2. Perlepasan cukai : Individu automatik layak mendapatkan pelepasan cukai jika memenuhi syarat berdasarkan peraturan yang ditetapkan (LHDN).
  3. Dividen tahunan dan Bantuan Kematian : Sebagai ahli KWSP berhak mendapatkan dividen tahunan dan inisiatif bantuan kematian mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.

CARA DAFTAR & DAPATKAN INSENTIF RM300

Pendaftaran i-suri KWSP dibuka sepanjang tahun kepada mereka yang memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :

  • Waganegara Malaysia
  • Ahli KWSP berdaftar
  • Berumur 55 tahun dan kebawah
  • Berdaftar dengan ekasih.

Untuk yang berminat, pendaftaran boleh dikemukakan dengan mudah secara dalam talian melalui laman portal rasmi i-suriĀ https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/simpanan/i-suri

Bagi pendaftaran secara manual, anda boleh kemukakan di mana-mana pejabat KWSP berdekatan.

KESIMPULAN

Selain program khas ini terdapat banyak lagi kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk anda dapatkanĀ SEMAK DISINI sebagai rujukan umum!

Related Articles

Back to top button