Akaun 3Akaun FleksibelKWSPPengeluaran Khas

KWSP : Pengeluaran Sehingga RM1000 Jika Baki Akaun2 RM3000

KWSP : Pengeluaran Sehingga RM1000 boleh dilakukan jika baki dalam akaun 2 (sejahtera) tidak melebihi RM3000. Untuk makluman umum, pada awal bulan ini (Mei) akan dilancarkan satu lagi kemudahan akaun KWSP bagi memberi manfaat kepada rakyat.

KWSP : PENGELUARAN SEHINGGA RM1000

Seperti yang dimaklumkan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan melaksanakan kemudahan akaun ketiga (3) atau akaun fleksibel. Fungsi akaun ini adalah untuk keperluan kewangan jangka pendek bagi ahli berumur 55 tahun dan ke bawah.

Bermula 11 Mei 2024, KWSP akan menstruktur semula akaun 1 sebagai akaun persaraan, akaun2 sebagai akaun sejahtera dan akaun 3 sebagai akaun fleksibel. Jangan risau, baki jumlah dalam akaun 1 dan akaun 2 masing-masing akan kekal dalam akaun persaraan dan akaun sejahtera.

Akaun 3 atau akaun fleksibel ini akan bermula dengan baki sifar (0) dan setiap pencarum KWSP diberi tempoh masa sehingga 31 Ogos 2024. Untuk membuat pilihan berapa jumlah permulaan akaun 3 nanti.

MEKANISME PENGELUARAN KWSP (FLEKSIBEL) RM1000

Untuk makluman, setelah tarikh kuatkuasa, caruman baharu yang diterima adalah pada kadar 75% ke dalam akaun persaraan, 15% ke dalam akaun sejahtera. Manakala hanya 10% caruman akan dimasukkan ke dalam akaun fleksibel.

Dengan adanya akaun 3 ini akan memberi manfaat kepada pencarum KWSP. Hal ini kerana wang dalam akaun tersebut boleh dikeluarkan pada bila-bila masa terutama waktu memerlukan.

KWSP : TEMPOH MASA PEMINDAHAN SEHINGGA 31 OGOS

Bermula 11 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024, ahli KWSP diberi peluang sekali sahaja untuk memindahkan sebahagian wang dari akaun sejahtera kepada akaun fleksibel. Sekiranya pencarum membuat pilihan tidak ingin membuat pemindahan, baki akaun 3 akan bermula pada kadar sifar.

KADAR PINDAHAN PENGELUARAN KE AKAUN 3 KWSP

Sebagai contoh ahli yang mempunyai simpanan berjumlah RM3000 dan keatas dalam akaun 2 (Sejahtera) :

  • (10/30) daripada jumlah simpanan dalam akaun sejahtera akan dipindahkan ke akaun 3 (fleksibel)
  • (5/30) daripada simpanan dalam akaun sejahteran akan dipindahkan ke dalam akaun persaraan
  • (15/30) daripada simpanan akaun 2 akan kekal dalam akaun sejahtera.

Nota : Kepada ahli KWSP yang mempunyai simpanan baki dalam akaun 2 tidak melebihi RM3000, jumlah yang boleh dipindahkan adalah maksimum sehingga RM1000 sahaja ke dalam akaun fleksibel. Manakala baki selebihnya akan kekal di dalam akaun sejahtera masing-masing.

SEMAKAN BUTIRAN LENGKAP PENGELUARAN KWSP AKAUN 3

Kepada kalian yang masih kurang faham atau ingin ketahui lebih terperinci berkenaan akaun fleksibel ini. Panduan semakan butiran lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi yang telah dikemaskini – KWSP 2024

INFO LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Kepada yang terlepas padang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button