BANTUANeMadanieWalletMinggu Akhir

eWallet RM100 : Minggu Akhir Tuntutan Bantuan Boleh Dilakukan

eWallet RM100 : Untuk sedia maklum, minggu ini merupakan minggu akhir tuntutan kredit percuma khas untuk kategori dewasa ini boleh dilakukan. Inisiatif istimewa berbentuk bantuan ewallet ini merupakan sebahagian insentif yang diperkenalkan kerajaan perpaduan.

MINGGU AKHIR BANTUAN EWALLET RM100

Kepada mereka yang terlepas pandang, bantuan khas ewallet (eMadani) bernilai RM100 seorang ini telah dilaksanakan bermula Disember lalu. Masih belum terlewat untuk mereka yang masih belum claim kerana tuntutan boleh dilakukan sebelum 20 Februari 2024.

Manakala mereka yang lulus dan amaun tersebut telah dikreditkan, mereka perlu membelanjakan nilai RM100 tersebut sebelum tarikh luput pada 29 Februari 2024. Tujuan utama pelancaran program pemberian khas ini adalah bagi meringankan beban serta memupuk budaya pembayaran tanpa tunai kepada masyarakat biar seiring dengan peredaran masa.

KELAYAKAN BANTUAN EWALLET RM100

Beberapa syarat kelayakan asas bagi mendapatkan manfaat daripada bantuan emadani RM100 ini telah ditetapkan oleh kerajaan seperti berikut :

  • Ditawarkan kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Individu berumur 21 tahun dan keatas (2023)
  • Pendapatan setahun tidak melebihi RM100,000
  • Kategori B40 & M40

APLIKASI EDOMPET BANTUAN EWALLET YANG TERLIBAT

Seperti sedia maklum, terdapat empat (4) penyedia perkhidmatan aplikasi edompet yang terlibat dalam program bantuan emadani ini. Setiap pemohon hanya dibenarkan tebus kredit RM100 sekali sahaja melalui pilihan dibawah :

  • Touch N Go eWallet
  • Setel
  • MAE
  • Shopeepay

CARA TEBUS BANTUAN EWALLET (MINGGU AKHIR)

Jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan manfaat yang disediakan oleh kerajaan bernilai RM100 secara one-off ini. Panduan cara tebus bantuan kredit ewallet percuma ini telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – eMADANI 2024

Kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan, anda disarankan tuntut kredit percuma RM100 ini supaya dapat gunakan manfaat yang disediakan. Tarikh tutup tuntutan adalah 20 Februari dan tarikh akhir kredit boleh digunakan adalah pada 29 Februari 2024.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah memperkenalkan lebih banyak kemudahan serta insentif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai inisiatif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button