BANTUANFasa 4MySTR

MySTR : Bayaran Fasa Ke-4 Bakal Dibayar Awal Kepada Rakyat

MySTR : Bayaran Fasa Ke-4 bakal dibayar secara berperingkat lebih awal sama seperti pembayaran fasa ketiga lalu. Untuk makluman, kini hampir ke penutupan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2023.

MYSTR : BAYARAN FASA KE-4

Seperti sedia maklum, sehingga hari ini pembayaran bagi STR fasa pertama sehingga fasa ketiga telah selesai dibayar pada bulan Januari, April dan Jun lalu. Bagi bayaran fasa ke 4 pula dijadualkan akan mula diagihkan pada bulan depan iaitu November 2023.

Apa yang menarik adalah pada fasa keempat nanti, kategori isi rumah B40 dan M40 akan menerima bayaran bantuan tunai STR sehingga RM1,200. Kadar jumlah bantuan fasa 4 bergantung kepada kategori dan bilangan tanggungan anak bawah 18 tahun.

Bagi penerima STR yang tidak lulus pada fasa 3 lalu, jika telah membuat rayuan dan lulus. Baki bayaran fasa 3 dan 4 akan di bayar semasa pembayaran fasa akhir.

TARIKH BAYARAN MYSTR FASA KE-4

Kerajaan telah memaklumkan jadual asal pembayaran fasa 4 STR akan mula dikreditkan pada bulan November 2023. Namun berdasarkan bayaran fasa sebelum ini, dijangkakan akan diawalkan pembayaran.

Pihak kami akan kemaskini maklumat dari semasa ke semasa berdasarkan pengumuman kerajaan untuk rujukan masyarakat umum.

KADAR BAYARAN FASA-4 MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah kadar jumlah bayaran fasa 4 yang akan diterima oleh penerima STR sedia ada yang telah mendapat bayaran dari fasa 1 hingga fasa 3.

KATEGORI (ISI RUMAH B40) PENDAPATAN RM2,500

  • Mempunyai tanggungan anak 5 dan keatas : RM1,200
  • Mempunyai tanggungan anak 3-4 orang : RM900
  • Mempunyai tanggungan anak 1-2 orang : RM600
  • Tiada anak : RM200

(ISI RUMAH M40) PENDAPATAN RM5,000

  • Mempunyai tanggungan anak 5 dan keatas : RM500
  • Mempunyai tanggungan anak 3-4 orang : RM300
  • Mempunyai tanggungan anak 1-2 orang : RM0
  • Tiada anak : RM0

WARGA EMAS (60 TAHUN KEATAS) & BUJANG (21-59 TAHUN)

  • Warga emas : RM200
  • Bujang : RM0

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR

Kepada rakyat Malaysia yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh membuat semakan status bayaran mengikut fasa secara online. Untuk semakan, sila ke laman web rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat khususnya yang terjejas. Sila semak senarai insentif yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button