Daftar MyKasih : Bantuan Bulanan untuk mereka yang memerlukan dan berkelayakan disediakan sepanjang tahun ini. Kepada rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan dan berkeperluan, pendaftaran mykasih boleh dibuka selagi menepati kriteria kelayakan.
BANTUAN BULANAN DAFTAR MYKASIH
MyKasih adalah sebuah portal kerajaan bagi membasmi kemiskinan untuk rakyat yang dalam masalah kekangan kewangan. Pelbagai program pemberian inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban golongan B40 dan miskin tegar.
Pada tahun ini banyak jenis insentif berbentuk bantuan tunai disediakan dan diberikan secara bulanan untuk memenuhi keperluan asas rakyat. Mereka yang berkelayakan boleh membuat pendaftaran MyKasih bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma.
Antara bantuan bulanan yang disediakan adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM100 dan RM50 sebulan. Insentif khas ini merupakan lanjutan daripada program Sumbangan Tunai Rahmah dan diberikan kepada penerima STR sahaja.
Selain itu bantuan kehidupan sejahtera berjumlah RM300 juga dikreditkan secara bulanan kepada pemohon yang layak. Dua jenis bantuan ini disalurkan secara ewallet dan amaun tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas.
KRITERIA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BULANAN MYKASIH
Antara kriteria syarat asas kelayakan daftar mykasih adalah seperti berikut :
- Dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK)
- Golongan yang memerlukan dan kurang berkemampuan
- Tersenarai dalam data e-kasih atau JKM.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN BULANAN MYKASIH 2024
Untuk kategori bantuan Sumbangan Asas Rahmah (MyKASIH SARA), bayaran bantuan adalah secara kredit ke dalam mykad setiap bulan. Golongan yang terlibat adalah penerima STR kategori bujang, isi rumah dan warga emas berstatus miskin/ miskin tegar.
Manakala bagi bayaran bantuan kehidupan sejahtera pula dikreditkan dalam bentuk ewallet kepada keluarga yang pendapatan di bawah RM5,000. Bantuan bulanan ini hanya ditawarkan kepada rakyat negeri Selangor sahaja.
PANDUAN DAFTAR MYKASIH 2024
Kepada mereka yang memerlukan khususnya golongan sasar, kalian disarankan mendaftar mykasih bagi mendapatkan inisiatif yang disediakan. Panduan lengkap kemukakan pendaftaran permohonan telah disediakan, sila layari portal rasmi – MyKasih 2024
Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hibungi talian khas mykasih yang tertera pada laman utama tersebut.
MAKLUMAT LANJUT
Kerajaan perpaduan telah menyediakan bermacam jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.