BANTUANMySTRSumbanganTunaiRahmah

MySTR : Pemberian Bantuan Tunai Mula Dibayar Ke Semua Bank

MySTR : Pemberian Bantuan Tunai fasa keempat telah mula dibayar secara berperingkat ke semua bank yang terlibat seluruh negara. Bermula selasa ini (7 November) pengkreditan telah disalurkan berperingkat sehingga selesai.

MYSTR : PEMBERIAN BANTUAN TUNAI

Seperti sedia maklum, perlaksanaan program Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR adalah merupakan bantuan kewangan yang diperkenalkan pada tahun ini. Pemberian bantuan khas ini dibayar secara berperingkat melalui 4 fasa pembayaran.

Pada bulan ini adalah merupakan bayaran buat kali terakhir kepada seluruh rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung. Kadar yang diberikan adalah bermula daripada RM200 sehingga RM1,200 dan jumlah tertakluk kepada kategori dan bilangan tanggungan.

PEMBERIAN KADAR BANTUAN MYSTR 2024 DINAIKKAN

Berita gembira untuk seluruh rakyat Malaysia, baru-baru ini Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan berkenaan STR. Kadar bagi STR sesi 2024 akan dinaikkan kepada RM3,700 berbanding RM3,100 tahun ini.

Untuk kategori belia bujang, mereka akan menerima bayaran berjumlah RM500 berbanding tahun ini RM350. Dan bayaran fasa pertama tahun hadapan dinaikkan kepada maksimum RM500 sebelum ini RM300.

Jadual bayaran STR fasa 1 tahun 2024 akan disalurkan sebelum ramadhan iaitu dijangka selewatnya penghujung bulan Februari tahun depan. Kepada bukan penerima STR tahun ini, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan manfaat yang disediakan dengan mengemukakan permohonan baharu yang telah dibuka bermula 1 November lalu.

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR & PERMOHONAN BARU

Kepada mereka yang telah cek akaun bank tetapi masih belum menerima sebarang bayaran STR, anda boleh semak status bayaran secara online. Untuk semakan sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

Pada bulan ini juga kerajaan telah membuka permohonan baru kepada rakyat Malaysia yang tidak dapat pada tahun ini. Permohonan sudah boleh dikemukakan secara online melalui laman rasmi STR seperti disediakan diatas.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat pelbagai jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button