BANTUANFASA 3STR

Terkini : STR Fasa 3 Dikreditkan Bermula 26 Jun

Terkini : STR fasa 3 atau lebih dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah akan dikreditkan secara berperingkat bermula 26 Jun 2023. Seperti sedia maklum, pemberian secara pengkreditan dan tebus tunai di BSN dilaksanakan pada hari isnin depan.

BAYARAN (STR) FASA 3

Baru-baru ini pihak kerajaan telah memaklumkan pembayaran STR fasa 3 ini akan dibayar sebelum hari raya haji. Tarikh rasmi telah diumumkan pada 26 Jun bersamaan hari isnin hadapan.

Untuk makluman, pembayaran kali ini adalah lebih tinggi berbanding 2 fasa bayaran sebelum ini. Kadar yang diberikan nanti adalah dari RM150 sehingga RM800, Jumlah berdasarkan kategori kelayakkan penerima sedia ada.

KADAR JUMLAH BAYARAN STR FASA 3

Secara terkini : STR fasa 3 akan dikreditkan secara berperingkat dengan kadar mengikut kategori seperti di bawah :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN SEMASA BULANAN RM2,500 DAN KE BAWAH)

  • Isi rumah (Tiada anak) : RM300
  • Isi rumah (Mempunyai anak 1-2 orang) : RM400
  • Isi rumah (Mempunyai anak 3-4 orang) : RM600
  • Isi rumah (Mempunyai anak 5 atau lebih) : RM800

ISI RUMAH (PENDAPATAN SEMASA BULANAN RM5,000 DAN KE BAWAH)

  • Isi rumah (Tiada anak) : Tiada bayaran (RM0)
  • Isi rumah (Mempunyai anak 1-2 orang) : RM150
  • Isi rumah (Mempunyai anak 3-4 orang) : RM200
  • Isi rumah (Mempunyai anak 5 atau lebih) : RM250

KATEGORI BUJANG & WARGA EMAS

  • Bujang (21 – 59 tahun) : RM150 seorang
  • Warga emas (Sebatang kara) : RM200 seorang

STR TAMBAHAN (SUMBANGAN ASAS RAHMAH) BANTUAN SARA

  • Kategori isi rumah berstatus miskin tegar melalui data ekasih layak menerima bantuan tambahan bernilai RM600

KEMASKINI SEMAKAN STATUS BAYARAN STR

Untuk penerima sedia ada dan daftar baru, kini kalian sudah boleh membuat semakan status STR fasa 3 secara online. Sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

Info : Pengkreditkan akan bermula 26 Jun 2023 (hari isnin) secara berperingkat mengikut senarai bank. Kepada penerima tiada kad bank, anda boleh tebus tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula pada tarikh yang sama iaitu 26 Jun.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada maklumat terkini : STR fasa 3, terdapat pelbagai bantuan kewangan telah ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada golongan yang memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK SINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button