BANTUANSTR

Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Mengikut Kategori

Jumlah bayaran bantuan tunai STR mengikut kategori telah diumumkan oleh kerajaan selepas sidang Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu. Untuk sedia maklum, pemberian sumbangan tunai rahmah (STR) ini adalah inisiatif berbentuk bantuan tunai yang baru diperkenalkan pada tahun ini.

BANTUAN TUNAI STR 2023

Pelbagai inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan pada tahun ini untuk mereka yang memerlukan. Salah satu bantuan tunai yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan adalah Sumbangan tunai rahmah (STR).

Pada tahun ini kerajaan perpaduan lebih menekan dan memfokuskan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat yang kurang bernasib baik dari segi kewangan. Bantuan tunai untuk golongan b40 di bawah kementerian kewangan telah dijenamakan semula daripada bantuan tunai rakyat (BTR) kepada sumbangan tunai rahmah (STR).

JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI

Jumlah bayaran bantuan tunai STR mengikut kategori kelayakan telah diwar-warkan seperti berikut :

KATEGORI BUJANG 

  • RM 350

WARGA EMAS (TIADA PASANGAN) 

  • RM 600

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH)

  • RM 1,000 – Untuk tiada anak
  • RM 1,250 – Untuk 1-2 orang anak
  • RM 2,000 – Untuk 3-4 orang anak
  • RM 2,500 – Untuk 5 orang anak keatas

KATEGORI ISI RUMAH (BANTUAN TAMBAHAN)

  • RM 600 – Bantuan tambahan berbentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas
  • Pemberian bantuan tambahan ini diberikan kepada keluarga miskin tegar yang mempunyai dalam data e-kasih

JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI

Berikut adalah jadual bayaran STR mengikut fasa seperti dibawah :

  • STR Fasa 1 – Bermula 17 Januari 2023 secara berperingkat (selesai)
  • STR Fasa 2 – Bulan April 2023 (tarikh rasmi belum diumumkan) dijangka sebelum raya aidilfitri
  • Fasa 3 – Akan dikemaskini
  • Fasa 4 – Akan dikemaskini

SEMAKAN KEMASKINI BANTUAN TUNAI

Untuk makluman sepanjang bulan ini (1 sehingga 31 Mac 2023) pihak kerajaan telah membuka portal untuk penerima membuat pengemaskinian maklumat terkini jika ada berlaku sebarang perubahan.

Manakala bagi bukan penerima STR, mereka berpeluang untuk turut menerima insentif khas ini kerana pendaftaran permohonan baru juga dibuka. Sila layari laman rasmi – MYSTR

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada jumlah bayaran bantuan tunai STR ini, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan pada tahun ini untuk membantu meringankan beban terutama golongan B40 dan miskin tegar.

Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button