BANTUANBINGKASeWallet

Cara Mohon Bantuan EWallet RM300 Setiap Bulan

Cara mohon bantuan ewallet BINGKAS RM300 setiap bulan untuk tahun 2023 kepada mereka yang memerlukan telah disediakan di halaman ini. Untuk makluman, inisiatif program Bantuan kehidupan sejahtera Selangor atau lebih popular dikenali sebagai BINGKAS ini telah diperkenalkan pada tahun lalu.

Atas faktor keprihatinan kerajaan negeri, pihak kerajaan telah mengumumkan perlaksanaan bantuan khas ewallet ini diteruskan pada tahun 2023. Melalui program BINGKAS, melibatkan bayaran bantuan ewallet sebanyak RM300 sebulan bagi pemohon yang layak.

BANTUAN EWALLET BINGKAS

Untuk sedia maklum, selaku Menteri Besar negeri Selangor iaitu Y.A.B Dato’ Seri Amirudin bin Shari telah membuat kenyataan bahawa program BINGKAS akan diteruskan pada tahun ini. Ucapan pada sidang belanjawan negeri Selangor tahun ini.

Program bantuan khas ini melibatkan dana peruntukan sebanyak RM108 juta, dan pemberian ini akan diagihkan kepada kira-kira 30,000 isi rumah (keluarga) yang layak.

JUMLAH BANTUAN

Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima bayaran bantuan BINGKAS sebanyak RM300 dan akan diberikan secara bulanan berbentuk ewallet. Bantuan tersebut boleh digunakan di mana-mana pasaraya berdaftar untuk tujuan pembelian barangan keperluan harian dan asas secara (cashless) pembelian tanpa tunai.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut telah disediakan syarat kelayakan permohonan yang telah ditetapkan bagi bantuan BINGKAS 2023 seperti dibawah :

  • Pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia
  • Keluarga (isi rumah) yang mempunyai tanggungan anak berusia 18 tahun dan kebawah
  • Pemohon lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi tempoh ditetapkan (10 tahun keatas)
  • Merupakan pemilih berdaftar di Selangor
  • Kepada penerima yang layak, jumlah bantuan edompet BINGKAS akan ditambah secara automatik setiap bulan.

CARA DAFTAR PERMOHONAN

Cara mohon bantuan ewallet BINGKAS. Kepada yang memenuhi kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online). Sila layari pautan rasmi BINGKAS – KLIK DISINI

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

  • Salianan kad pengenalan (pemohon)
  • Salinan kad pengenalan pasangan (suami isteri)
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan sijil lahir, mykid anak
  • Salinan penyata gaji – jika ada
  • Salinan sijil kematian / penceraian / laporan polis – bagi kategori ibu bapa tunggal
  • Pengesahan penyata pendapatan dari ketua komuniti bagi pemohon yang bekerja sendiri.

Nota : Bantuan BINGKAS ini hanya untuk anak Selangor atau keluarga yang telah menetap melebihi 10 tahun di Selangor.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan khas ini, terdapat pelbagai jenis inisiatif yang telah disediakan oleh kerajaan negeri dan persekutuan pada tahun ini bagi membantu rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button